PETALING JAYA – Aplikasi lengkap yang dibangunkan ManagePay Systems Bhd. (MPay), Pearl One Touch Penang (Pearl) dilihat dapat memberi manfaat yang besar buat pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya kerajaan negeri Pulau Pinang.
Pemegang saham utama dan Ahli Lembaga Pengarah MPay, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, aplikasi tersebut akan dapat memudahkan penduduk, peniaga dan pelancong yang berurusan dengan PBT termasuk melaksanakan transaksi tanpa tunai di seluruh negeri itu.
“Isu sebelum ini, ada pihak yang cuba membina aplikasi masing-masing tetapi dalam kapasiti terhad dan tiada integrasi dengan PBT lain.
“Bagaimanapun, aplikasi ini akan membolehkan akses kepada semua PBT di bawah Pulau Pinang dengan melibatkan 12 kategori dan 112 e-perkhidmatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran aplikasi Pearl oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di sini baru-baru ini.
Turut hadir Pengasas dan Pengarah Urusan MPay, Datuk Chew Chee Seng.
Azizan yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
