PORT DICKSON – Aplikasi pelaburan mudah alih mikro pertama Malaysia, Raiz telah mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM40 juta dengan melibatkan sejumlah 600,000 pendaftaran daripada orang ramai.
Ketua Eksekutif Raiz Malaysia Sdn. Bhd. (Raiz Malaysia), Aidi Izham Mohd. Khalil berkata, sejak aplikasi tersebut mula dilancarkan pada bulan Julai 2020, kira-kira 110,000 daripada 600,000 keseluruhan pendaftaran itu terdiri daripada pengguna aktif.
Aplikasi Raiz yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) itu telah memberi peluang kepada orang ramai untuk melabur serendah lima sen daripada baki akhir perbelanjaan harian secara maya dan kemudiannya duit tersebut akan dilaburkan dalam dana amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Kemudahan tersebut telah dibangunkan oleh Raiz Malaysia iaitu syarikat usaha sama anak syarikat PNB, Jewel Digital Ventures Sdn. Bhd. dan Raiz Invest Australia Ltd. (Raiz Invest), sebuah anak syarikat Raiz Invest Ltd. yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
