PETALING JAYA – Truecaller, penyedia aplikasi pengenalan pemanggil dan penghalang spam di Malaysia, akan terus meningkat usaha bagi membantu masyarakat melindungi diri daripada terbabit dalam sindiket penipuan melalui telefon.
Ketua Komunikasi Korporat Antarabangsa Truecaller, Hitesh Raj Bhagat berkata, masalah tersebut semakin serius kerana kes penipuan melalui telefon amat kerap sehingga merekodkan kerugian berjumlah RM38 juta antara bulan Januari hingga Mac tahun ini.
Menurut beliau, Truecaller mencatatkan sembilan juta kes panggilan spam setiap bulan dan daripada jumlah tersebut, dua juta kes berkaitan dengan penipuan.
Truecaller membantu mengenal pasti semua panggilan masuk dari seluruh dunia dan secara automatik menghalang penjenayah spam yang telah dikenal pasti.

“Untuk mengetahui sama ada sesuatu panggilan itu selamat untuk dijawab, aplikasi tersebut akan mempamerkan kad hubungan berwarna biru untuk kenalan yang disahkan atau hijau untuk perniagaan yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
