
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengambil maklum berhubung gangguan teknikal yang dialami oleh aplikasi navigasi lebuh raya, TuJu.
Gangguan tersebut berlaku susulan peningkatan ketara jumlah pengguna selepas saranan YAB Perdana Menteri agar orang ramai mempertimbangkan penggunaan aplikasi navigasi tempatan.
Pihak LLM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh para pengguna.
Bagi mengatasi masalah ini, LLM bekerjasama rapat dengan penyedia aplikasi, Prosignal Consortium Sdn. Bhd. (PCSB), untuk mengenal pasti punca gangguan, memulihkan kestabilan sistem, serta meningkatkan keupayaan aplikasi dalam menampung pertambahan pengguna yang mendadak.
Menurut satu kenyataan media, pihak mereka turut memberi perhatian terhadap pelbagai maklum balas yang diterima berhubung fungsi navigasi, ketepatan maklumat laluan, dan pengalaman pengguna.
“Penambahbaikan akan terus dilaksanakan bagi memastikan TuJu dapat memberikan perkhidmatan yang lebih…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: