Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Apple Kalahkan Samsung Untuk Muncul Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Dunia

today17 January 2024

Background


Selepas 12 tahun Samsung memegang takhta sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia, akhirnya pada tahun 2023 menjadi saksi apabila Apple berjaya mengambil alih takhta tersebut.

Berdasarkan rekod, Apple berjaya mengeluarkan sebanyak 234.6 juta iPhone pada tahun 2023 bersamaan 20.1% pasaran telefon pintar dunia.

Artikel Berkaitan:

Syarikat Samsung akhirnya terpaksa turun ke tangga kedua dengan jumlah pengeluaran sebanyak 19.4% diikuti Xiaomi dengan 12.5%.

Sementara itu, syarikat Transsion yang menjadi syarikat induk kepada jenama Itel, Tecno dan Infinix berjaya mendapat perhatian pengguna sekaligus muncul sebagai muncul di tempat kelima sebagai pengeluar telefon pintar terbanyak di dunia.

Peningkatan pengeluarkan Transsion sekaligus menyaksikan telefon pintar seperti Vivo dan Asus terkeluar daripada senarai lima teratas.

Written by: Hairi Ariff


Previous post

Sukan

Thailand benam Kyrgyzstan Piala Asia

Doha: Juara terbanyak Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), Thailand bermula dengan langkah kanan selepas mengatasi Kyrgyzstan 2-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan F pada saingan Piala Asia 2023 di Stadium Abdullah Bin Khalifa di sini, malam ini.

today17 January 2024