Selain pengenalan MacBook Pro baharu, Apple juga mengambil peluang untuk memperkenalkan kemaskini untuk model komputernya iaitu iMac bersaiz 24-inci dengan janaan cip M3.
Ini sudah pasti satu berita baik buat para profesional yang selama ini tertunggu akan kemasi kini iMac yang lebih canggih selari dengan permintaan perisian semasa. Anda boleh meneruskan bacaan untuk mengetahui lebih lanjut dengan pengenalan iMac kali ini.
Artikel Berkaitan:
iMac M3

Seperti sedia maklum, pada kali ini Apple telah menaik taraf spesifikasi dengan penggunaan cip M3 di mana kali terakhir kemas kini pada iMac dibuat adalah pada tiga tahun lalu. Hal ini sekaligus memberikan ia kuasa pemprosesan yang lebih mantap.
Dengan ini, pengguna melakukan sejumlah tugasan dengan lebih pantas dan efisien berbanding sebelum ini. Ciri lain yang dibawakan termasuk paparan 4.5K Retina l, di samping dilengkapi dengan kamera FaceTime dengan sokongan 1080P yang lebih jelas.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: