PETALING JAYA – Visa hari ini mengumumkan kerjasama dengan Ambank, Maybank, dan Standard Chartered Bank untuk membawakan perkhidmatan Apple Pay kepada para pemegang kadnya di Malaysia.
Apple Pay merupakan kaedah yang selamat, tanpa sentuh dan mudah untuk membayar yang membantu pelanggan mengelak daripada menyerahkan kad pembayaran mereka kepada orang lain, menyentuh butang fizikal, atau bertukar-tukar wang tunai.
Pemegang kad Visa daripada bank-bank yang mengambil bahagian boleh membuat pembayaran tanpa sentuh hanya dengan memegang iPhone atau Apple Watch mereka berdekatan dengan terminal pembayaran.
Setiap pembelian Apple Pay adalah selamat kerana ia disahkan oleh Face ID, Touch ID, atau kod laluan peranti, di samping kod keselamatan dinamik satu kali penggunaan yang unik.
Pengurus Negara bagi Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, penggunaan pembayaran digital telah berkembang pesat sepanjang dua tahun yang lepas, sekali gus mempercepat peralihan Malaysia untuk menjadi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: