Dua warga China telah berjaya membuat Apple Inc. berputih mata dan menanggung rugi sehingga RM10.55 juta akibat ‘scam’ atau penipuan korporat yang terancang, lapor New York Post.
Bagaimanapun, ‘kejayaan’ mereka menipu Apple membawa kepada hukuman penjara akibat dan diarahkan membayar balik ganti rugi berjumlah lebih RM10.55 juta – nilai harga iPhone yang ditipu.
Pengfei Xue, 34, dan Haotian Sun, 34, yang menetap di Germantown, Maryland, Amerika Syarikat, dijatuhi hukuman oleh mahkamah selepas didapati bersalah dalam kes penipuan melibatkan penukaran iPhone palsu kepada iPhone asli.
Xue menerima hukuman 54 bulan penjara, tiga tahun pembebasan tetapi akan diawasi dan diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM1.68 juta.
Sun pula dijatuhi hukuman penjara lebih lama iaitu 57 bulan, tiga tahun pembebasan tetapi akan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: