Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Aquaria Tawarkan Marriage Proposal Package Siap Ada Shark, Komen Netizen Pula Menghiburkan

today18 June 2024

Background


Kebiasaannya, lelaki akan menghulurkan cincin dan membuat kejutan semasa candle light dinner sebagai kenangan di hari tua nanti.

Tetapi, baru-baru ini, Aquaria KLCC menawarkan pakej untuk melamar pasangan yang agak unik sehingga mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian daripada pengguna X iaitu @melatinungsari, Marriage Proposal Package itu menawarkan tiga jenis cara lamaran.

Aquaria menawarkan Romance Proposal, Cage Rage Proposal dan yang paling menarik adalah Dive With Sharks Proposal. Pakej-pakej tersebut bermula dengan harga RM835 sehingga RM1,550.

Antara ketiga-tiga pakej tersebut, Dive With Sharks Proposal telah mendapat perhatian warganet dan ada yang berangan ingin menjadi watak seperti dalam K-drama Queen Of Tears.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post