Pasukan Arab Saudi hampir dimalukan oleh China dalam perlawanan kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Dalian Suoyuwan baru-baru ini.
Saudi turun dengan tekanan tersendiri selepas mereka hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Indonesia pada perlawanan pembukaan dan skuad bimbingan Roberto Mancini mencari kemenangan bagi mengembalikan semula keyakinan.
Baca Juga:
China terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol sendiri pemain pertahanan Saudi, Ali Lajami pada minit ke-14. Lima minit kemudian, pasukan pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohamed Kanno dilayangkan kad merah.
Gol penyamaan yang dicari oleh tiga kali juara Piala Asia itu hadir menerusi Hasan Kadesh pada minit ke-39. Kedudukan 1-1 kekal hingga rehat separuh masa.
Memasuki separuh masa kedua, kedua-dua pasukan seakan buntu untuk mencari gol pendahuluan dan Kadesh kemudiannya menjadi wira Arab Saudi dimana…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: