Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Argentina Dipaksa Berhempas-Pulas Sebelum Singkirkan Cape Verde

today4 July 2026

Background
Argentina


Argentina dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan Cape Verde 3-2 untuk melangkah ke pusingan 16 Piala Dunia 2026 pada aksi yang berlangsung di Miami Stadium sebentar tadi.

Gol kemenangan Argentina hadir menerusi gol sendiri pertahanan Cape Verde, Diney Borges pada minit ke-111.

Ketika Argentina dilihat mungkin tidak akan berdepan sebarang masalah untuk mengesahkan kemaraan, anak buah Bubista tidak membenarkan keadaan tersebut berlaku.

Malah dua kali kelebihan dimiliki juara bertahan itu menerusi Lionel Messi pada minit ke-29 dan Lautaro Martinez (minit ke-92) dipadamkan oleh Deroy Duarte (minit ke-59) dan Sidny Lopes Cabral padea minit ke-103.

Pada perlawanan tersebut, Cape Verde mengancam seawal minit-minit pertama perlawanan. Secara keseluruhan, mereka bermain dengan pendekatan yang berani dan terbuka, malah menguji Emiliano Martinez dalam tempoh 10 minit pertama.

Namun begitu, Argentina tidak mengambil masa lama untuk menemui rentak permainan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Luar Negara

Sekutu Iran beri penghormatan terakhir kepada Ali Khamenei

Tehran: Pemimpin tertinggi Iran pada Jumaat memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin agung negara itu, Ali Khamenei, yang terbunuh, ketika upacara pengebumian selama seminggu bermula dengan kehadiran sekutu dan ribuan penziarah di ibu negara itu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 July 2026