Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Johor Darul Ta’zim (JDT) menggunakan sebaiknya kesempatan beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bagi mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir TM Piala Malaysia 2021 selepas berjaya menundukkan Kedah 1-0, sebentar tadi.
Beraksi di hadapan kira-kira 16 ribu penyokong di laman sendiri, JDT tampil dengan cukup bersemangat untuk meraih kemenangan setelah skuad kendalian Benjamin Mora itu diikat pada pertemuan pertama tempoh hari di Alor Setar.
Manakala anak buah Aidil Sharin Sahak pula kelihatan cukup bergelut untuk memecah masuk jentera pertahanan JDT sehingga menyebabkan penjaga gol, Farizal Marlias hanya lebih banyak berehat di gawangnya.
Mora membuat sedikit rombakan terhadap kesebelasan utamanya apabila beliau meletakkan Guilherme De Paula bagi menggantikan Bergson da Silva yang dilaporkan mengalami kecederaan dan Gonzalo Cabrera kembali beraksi untuk mengembalikan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: