
Arsenal berjaya membuktikan sekali lagi bahawa musim ini mereka adalah pasukan yang luar biasa. Kali ini mereka mengatasi Bayern Munich dalam saingan UCL.
Bayern memiliki rekod yang luar biasa berdepan Arsenal. Namun tidak kali ini. Skuad Mikel Arteta ada jawapan untuk mereka.
Bayern Munich tampil lebih dominan, namun Arsenal lebih tajam dan berkesan di sepertiga akhir padang.
Jurrien Timber meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-22 selepas menerima sepakan penjuru cantik Bukayo Saka.
Namun begitu, pemain muda berusia 17 tahun Bayern, Lennart Karl menyamakan kedudukan 10 minit kemudian.
Pemain gantian, Noni Madueke meletakkan Arsenal 2-1 di hadapan.
Dan pada minit ke-77, pemain yang cemerlang dalam kempen UCL musim ini, Martinelli menjaringkan gol ketiga selepas Manuel Neuer terjatuh ketika cuba melakukan ‘sweeping’ hantara Eze.
Martinelli tiada masalah mencetak gol dalam kedudukan gawang ternganga.
Tamat perlawanan Arsenal 3 Bayern 1….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
