Site icon Kool FM

Arsenal Kini Pasukan Dengan Perbelanjaan Bersih Tertinggi Dalam 5 Tahun Terakhir


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebelum ini Man United merupakan pasukan paling tinggi perbelanjaan bersih dalam 5 tahun terakhir dan kini tidak lagi kerana mereka baru dipintas Arsenal.

Artikel Berkaitan:

Perbelanjaan bersih adalah melibatkan kos beli tolak kos jual pemain.

Data dikeluarkan pada 6 Julai 2023 mengambil kira perpindahan Declan Rice yang semakin hampir dimeterai. Seterusnya mereka dalam proses mendapatkan Jurrien Timber.

Arsenal kini menjadi raja dalam perbelanjaan bersih dengan catata £629.7 juta dalam 5 tahun terakhir.

Jadi benarlah kata Stan Kroenke sebelum ini, dia bukan pemilik yang kedekut seperti didakwa sesetengah penyokong. Sebaliknya dia sedia menyokong pengurus.

Di tangga kedua adalah Man United dengan £603.7 juta. United baru menambah Mason Mount dalam pasukan mereka.

Totteham di tempat ketiga dengan £509.9 juta. Mereka pasukan terakhir angka perbelanjaan bersih lebih setengah billion pound sterling. Agak malang mereka…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version