Arsenal difahamkan sudah menetapkan tarikh untuk mengadakan perarakan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023/24 sekiranya berjaya mengenepikan cabaran hebat Manchester City.
Menurut sumber The Standard UK, perarakan tersebut dijadulkan berlangsung pada Isnin bersamaan 20 Mei iaitu sehari selepas perlawanan terakhir liga bertemu Everton.
Baca Juga:
Perarakan dengan menggunakan bas seperti kebiasaan dilakukan pasukan-pasukan di Eropah itu bakal bermula jam 5 petang di Emirates Stadium melalui ‘Town Hall’ di Upper Street Islington, London.
Antara kawasan yang akan dilalui ialah Drayton Park, Aubert Park, Highbury Grove, St Paul’s Road dan kembali semula ke Emirates Stadium, dua jam kemudian.
Laluan sama digunakan oleh Arsenal ketika menjuarai EPL 2003/04 dibawah kendalian Arsene Wenger yang menyaksikan mereka muncul selaku juara ‘Invincibles’ (tanpa sebarang kekalahan liga).
Walaupun mungkin ramai mengatakan rancangan Arsenal untuk perarakan trofi ini agak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
