
Mikel Arteta menganggap pasukannya kalah dengan cara yang pelik. Kerana mereka mendominasi perlawanan, tetapi kalah hanya kerana ‘long ball’ yang dihantar kepada Cunha.
Arsenal kalah 2-3 di tangan Manchester United di Emirates. Membuatkan The Gunners mepersia-siakan peluang untuk menjarakkan diri lebih jauh daripada Manchester City.
Arteta pelik Arsenal boleh kalah
Selepas tamat perlawanan, Arteta berkata: “Pertama sekali, tahniah kepada Man United atas kemenangan itu.
“Ia berlaku dengan cara yang agak pelik kerana kami benar-benar dominan dalam setengah jam pertama, menjaringkan gol dan kemudian kami pula menghadiahkan mereka satu gol, yang mengubah momentum serta tenaga perlawanan.
“Selepas itu, tahap permainan kami menurun, terutamanya ketika menguasai bola — perkara yang kami perlu lakukan dengan jauh lebih baik — dan permainan tidak lagi berada dalam kawalan. Kemudian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: