Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Artis Cuma Hantar Dua Lukisan Kosong Selepas Terima RM345,000 Daripada Muzium Di Denmark

today3 October 2021

Background


Pelik tapi benar tetapi ini realiti yang ‘terpaksa’ dterima oleh Kunsten Museum yang terletak di Allborg, Denmark apabila seorang artis hanya menghantar dua lukisan kosong selepas diberikan 534,000 Kroner (RM345,000) oleh muzium berkenaan.

Jens Haaning, artis yang berasal dari Denmark tersebut sepatutnya menghasilkan sebuah karya menggunakan wang kertas yang diterimanya tetapi bertindak mengambil duit tersebut dan menghantar karya kosong dinamakan ‘Take The Money And Run’.

Apa yang sepatutnya dihasilkan Haaning adalah karya yang menggunakan wang kertas Danish Kroner dan Euro; sebagai simbolik kepada gaji tahunan penduduk di Denmark dan Austria.

Pengarah muzium berkenaan, Lasse Andersson berkata dua hari sebelum pembukaan pameran di muzium berkenaan, beliau menerima emel daripada Haaning bahawa beliau tidak akan menunjukkan karya asal yang dipersetujui mereka pada awalnya.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Azam A


Previous post