Kool FM

Artis Popular Didakwa Jadi Pembuli Ketika Sekolah?


Seorang pengguna Threads menyorot perhatian apabila mendakwa adiknya pernah menjadi mangsa buli seorang artis popular.

Artikel Berkatian: Zizi Kirana Sifatkan Pembuli Sebagai Manusia Lemah – ‘Dia Jatuhkan Orang Lain Untuk Rasa Bernilai’

Artikel Berkaitan: Isteri Yonnyboii Dedah Pembuli Suami Tidak Pernah Minta Maaf – ‘Ajak Bergambar Macam Kawan’

Dibuli selebriti popular?

Menerusi ciapan dibuat, individu dikenali sebagai Amyra Othman mendakwa kejadian itu berlaku sewaktu adiknya di bangku sekolah.

Menurut wanita itu, adiknya pernah diejek sehingga dicampak barang oleh sekumpulan lelaki dalam kelas.

Apa yang mengejutkan ialah, salah seorang daripada pembuli itu kini telah menjadi artis terkenal.

Walau bagaimanapun, Amyra memilih untuk tidak mendedahkan nama selebriti tersebut yang kini telah berubah ke arah kebaikan.

Pun begitu, Amyra berkata tindakan buli dibuat pelakon itu masih meninggalkan trauma berpanjangan dalam diri adiknya.

Posting Threads

Sumber: Threads

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version