Selepas ini, harapan pelajar yang mahu melanjutkan ke luar negara secara khususnya ke Amerika Syarikat mungkin akan terjejas dek kerana dasar baharu.
Memetik Harian Metro, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubia mengarahkan segala pemprosesan visa asing perlu dihentikan.

Pada masa yang sama, satu sumber dalaman mendedahkan bahawa pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, semakin giat menyaring akaun media sosial pelajar asing.
Ini adalah tindakan terbaharu yang menyasarkan pelajar antarabangsa, yang sebenarnya merupakan punca pendapatan utama bagi universiti-universiti di AS.
Sebelum ini, Senator Rubio sudah membatalkan ratusan visa pelajar. Malah, pentadbiran Trump juga pernah cuba menyekat Universiti Harvard daripada menerima pelajar antarabangsa.
Rentetan itu, satu dokumen rasmi yang ditandatangani Rubio dan dilihat oleh AFP, mengarahkan semua kedutaan dan konsulat untuk tidak lagi membenarkan sebarang permohonan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: