
KUALA LUMPUR – Kumpulan Pendidikan As Sofa (SEG) bakal mengembangkan lagi sayapnya dalam bidang pendidikan apabila melancarkan pembinaan Kolej Islam As Sofa bertaraf universiti dengan anggaran kos RM15 juta di Rembau, Negeri Sembilan.
Bangunan yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun di kawasan seluas 3,251 meter persegi itu menjadi mercu tanda tertinggi SEG dalam memartabatkan pendidikan berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ketua Pegawai Eksekutif SEG, Dr. Mohd. Amirul Isma Md. Yusof berkata, bangunan kekal itu adalah syarat utama yang mesti disediakan lengkap dengan prasarana untuk dinaik taraf menjadi kolej universiti.
Katanya, sebagai langkah permulaan, pihaknya telah mengadakan majlis makan malam amal bertujuan mencari dana awal bagi menampung sebahagian kos yang ditetapkan.
“Pada mulanya bangunan itu hendak didirikan di Mantau, Negeri Sembilan tetapi selepas diteliti tanah di situ tidak sesuai sebelum kami beralih ke Hulu Langat, namun bekalan elektrik tidak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
