Menerusi laporan Buletin TV3, sebanyak 25 jalan utama dan enam lebuh raya di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat bermula 23 hingga 26 Mei ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata tindakan penutupan lencongan laluan itu dibuat bagi menjamin kelancaran perjalanan konvoi orang kenamaan (VVIP) dari Rantau Asia Tenggara yang bakal hadir ke Malaysia.
“Kita akan mulakan penutupan jalan secara berperingkat dari jam 8 pagi hingga 8 malam, mengikut jadual ketibaan dan pergerakan delegasi luar negara,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: