PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui syarikat pengurusan unit amanahnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga tetapnya, Amanah Saham Malaysia 2 Wawasan (ASM 2 Wawasan) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2022 adalah sebanyak 3.75 sen seunit.
Bayaran agihan pendapatan itu melibatkan sebanyak RM882.49 juta yang akan memanfaatkan oleh 906,645 pemegang unit.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sehingga 25 Ogos lalu, dana tersebut memperoleh jumlah pendapatan kasar sebanyak RM1.05 bilion dan mencatatkan pendapatan bersih direalisasi sebanyak RM725.10 juta.
“Pendapatan untuk ASM 2 Wawasan diperoleh daripada keuntungan yang direalisasi, dividen serta lain-lain pendapatan daripada pelaburan domestik dan antarabangsa.
“Hasil pendapatan daripada ekuiti kekal sebagai penyumbang utama dengan pelaburan antarabangsa dan domestik masing-masing menyumbang 37.3 peratus dan 36 peratus kepada pendapatan kasar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
