Site icon Kool FM

ASM 3 agih pendapatan RM573.66 juta


PETALING JAYA – Pembayaran pengagihan pendapatan untuk dana harga tetapnya, Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2022 adalah berjumlah RM573.66 juta.

,Pengagihan itu akan memanfaatkan 551,685 pemegang unit yang memiliki 15.30 bilion unit. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB),  secara keseluruhannya, dana ini merekodkan pendapatan kasar berjumlah RM757.81 juta dan RM575.87 juta pendapatan bersih direalisasi di sebalik kebimbangan kemelesetan dan gangguan rantaian bekalan global yang menjejaskan prestasi pasaran global.

ASNB adalah syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pendapatan untuk ASM 3 diperoleh daripada hasil keuntungan yang direalisasi, dividen serta lain-lain pendapatan daripada pelaburan domestik dan antarabangsa. 

Strategi kepelbagaian yang dilaksanakan oleh dana ini terus menunjukkan hasil yang positif dengan ekuiti antarabangsa menyumbang 40.9 peratus…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version