Site icon Kool FM

ASNB kongsi panduan urus kewangan


PETALING JAYA – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad menerbitkan program berdurasi 10 minit, Sembang-sembang ASNB bertujuan mendidik masyarakat mengenai pengurusan kewa­ngan dan pelaburan.

Program 12 episod yang disiarkan oleh RTM itu akan mengupas topik-topik menarik berkaitan pengurusan wang individu termasuk mengenai a­liran tunai, hutang, insu­rans dan perwarisan menerusi perbincangan serta kupasan oleh ahli panel jemputan.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, menerusi program tersebut, ASNB telah menambah satu lagi sumber informasi mengenai pelaburan dan pengurusan kewangan di bawah teras Literasi Kewangan ASNB.

“Berdasarkan pengalaman kami ketika menganjurkan seminar dan bertemu orang ramai dalam pelbagai program anjuran ASNB sebelum ini, antara maklum balas yang kami terima ialah penyediaan maklumat mengenai pengurusan wang dan pelaburan tidak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version