Site icon Kool FM

ASNB tangguh urusan sementara dari 4 hingga 7 Jun


PETALING JAYA – Semua urus niaga Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan ditangguhkan sementara bermula  4 hingga 7 Jun ini untuk membolehkan proses pemindahan sistem operasi sedia adanya kepada sistem baharu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin, pemindahan tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pelaburan kepada para pelaburnya.

Tarikh urus niaga terakhir bagi semua unit amanah adalah pada 3 Jun 2022 kecuali bagi ASN
Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 3 Global dan ASN Sara 2 yang berakhir lebih awal
iaitu pada 2 Jun 2022.

Jelas beliau, Penangguhan urus niaga ini melibatkan semua unit amanah ASNB di semua saluran ASNB iaitu kaunter cawangan ASNB dan ejen-ejen seluruh negara serta saluran elektronik serta dalam talian termasuk portal dan aplikasi myASNB, perbankan internet ejen-ejen iaitu Maybank2u, CIMB Clicks, RHBNow, Affinonline, AmOnline dan HLB Connect, mesin kios di cawangan ASNB serta Mesin Juruwang Automatik (Automated…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version