
Kontinjen Kemboja membuat keputusan mengejutkan ramai pihak apabila menarik diri lebih awal daripada temasya Sukan SEA kerana kebimbangan serius daripada keluarga para atlet mengenai aspek keselamatan.
Perkara itu dimaklumkan melalui surat rasmi yang dihantar oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kemboja (NOCC), H.E. Vath Chamroeun kepada Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Sukan SEA, Chaiyapak Siriwat.
Menurut NOCC, keputusan itu dibuat selepas menerima permintaan mendesak daripada keluarga atlet yang mahu ahli keluarga mereka pulang segera ke Kemboja.
NOCC berkata: “Disebabkan kebimbangan serius dan permintaan daripada keluarga atlet kami untuk membawa pulang saudara-mara mereka dengan segera, NOCC harus menarik keluar seluruh delegasi kami dan mengatur kepulangan mereka ke Kemboja atas faktor keselamatan.”
NOCC turut menjelaskan bahawa keputusan itu bukan dibuat sewenang-wenangnya, malah mereka menghargai layanan pihak tuan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
