Site icon Kool FM

Atasi Filipina, Malaysia Raih Pingat Gangsa Bola Sepak Sukan SEA 2025

Malaysia


Malaysia bersama merangkul pingat gangsa dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2025 selepas menundukkan Filipina pada aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok sebentar tadi.

Kejayaan itu sekali gus menamatkan penantian skuad muda negara yang gagal meraih sebarang pingat pada tiga temasya berturut-turut.

Malaysia membuka tirai jaringan pada minit ke-28 setelah Danish Hakimi menolak masuk bola ketika situasi kelam-kabut dihadapan pintu gol selepas penjaga gol Filipina, Guimaraes Nicholas gagal menangkap bola dengan baik.

Kedudukan bagaimanapun kembali terikat berselang lapan minit kemudian apabila Haqimi Azim Rosli tertanduk bola ke gawang sendiri dalam usahanya untuk memintas lontaran jauh Antoine Ortega.

Hakimi berjaya menebus kesilapannya pada minit ke-43 selepas larian derasnya ketika menerima umpanan jauh Rahman Daud disudahkan dengan tenang ketika beliau sudah melepasi pertahanan dan Guimaraes bagi menjadikan kedudukan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version