Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Atasi Jepun, Malaysia Mara Ke Separuh Akhir

today2 May 2024

Background
Malaysia Jepun


  • Malaysia cemerlang menempah tempat ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas berjaya menundukkan Jepun 3-1 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Chengdu, China sebentar tadi.

Kejayaan manis itu menamatkan penantian kem negara yang kali terakhir mara ke peringkat separuh akhir pada tahun 2016.

Lee Zii Jia terlebih dahulu menceriakan kem negara selepas beliau tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain ranking ke-11 dunia, Kenta Nishimoto menerusi permainan ‘straight set’.

Set pertama menyaksikan kedua-dua pemain saling kejar-mengejar mata dan terikat pada kedudukan 11-11. Namun, Zii Jia selepas itu tampil dengan cukup garang untuk menang 21-13.

Segalanya bagai tidak menjadi buat Nishimoto pada set kedua dimana beliau melakukan banyak kesilapan-kesilapan mudah yang jelas mengganggu rentak beliau sepanjang perlawanan.

Kesempatan itu diambil sepenuhnya oleh Zii Jia untuk mendominasi permainan sekali gus mengesahkan kemenangan pertama buat skuad negara dengan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post