Malaysia mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas berjaya menundukkan Jepun 3-1 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Setia City Convention Center, Shah Alam sebentar tadi.
Kemenangan penting ke atas Jepun dihadapan ribuan penyokong sendiri itu menyaksikan Malaysia berada di landasan terbaik untuk mengulangi kejayaan muncul juara pada edisi 2023.
Artikel Berkaitan:
Skuad negara bermula dengan baik apabila perseorangan pertama, Lee Zii Jia tampil bertenaga untuk menewaskan Kenta Nishimoto menerusi kemenangan ‘straight set’ 21-18, 21-15.
Ia merupakan kemenangan ketujuh dilakarkan Zii Jia terhadap lawan yang berada di ranking ke-12 dunia itu dalam 10 pertemuan sepanjang karier mereka.
Kecemerlangan Zii Jia diteruskan Aaron Chia-Soh Wooi Yik walaupun bekas juara dunia itu terpaksa beraksi hingga ke set ketiga untuk menang 15-21, 21-17, 21-10 ke atas Akira Koga-Taichi Saito.
Ketika harapan disandarkan buat Leong Jun Hao untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: