
Seorang pegawai Pasukan Khas Laut (PASKAL) telah mengharumkan nama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan negara selepas dinobatkan sebagai Penuntut Terbaik Keseluruhan Kursus Sniper Tahun 2026.
Beliau telah dianugerahkan ‘Excellent Student Award‘ dalam majlis penutup yang berlangsung di Shijiazhuang Campus, PLA Infantry Academy, Hebei, China.
Pegawai berkenaan telah menyertai Sniper Infantry Course bermula 1 Mac hingga 31 Julai 2026, yang turut disertai oleh 131 penuntut dari lebih 24 buah negara.
Selain meraih anugerah tertinggi, beliau turut menerima Certificate of Honors – Excellent Cadre dan Silver Badge Medals.
Dalam kategori Individual Sniper Exam (Team 1 – English Sniper), pegawai TLDM ini membuktikan keunggulannya apabila berjaya meraih tempat kedua daripada 38 penuntut.
“Pencapaian ini mencerminkan tahap kompetensi, disiplin, ketahanan mental, ketelitian serta keupayaan pegawai untuk bersaing dalam persekitaran latihan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: