Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang apabila menundukkan Shah Alam City 4-1 pada aksi ketiga Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, sebentar tadi.
Ia juga merupakan kemenangan ketiga berturut-turut dilakarkan skuad kendalian Juan Antonio Miguel Garcia itu yang sebelum ini mengatasi Gombak TOT United (6-1) dan Terengganu (8-1).
Baca Juga:
Naib juara MPFL dan Piala Futsal Malaysia 2023 itu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan selepas Caio Cesar Garcia Rego menemui sentuhan gol seawal minit pertama.
Mendapat umpanan daripada Helio Neto, Caio melakukan percubaan tonjol leret yang menewaskan penjaga gol Shah Alam City, Syahman Idris.
Percubaan leret terus menjadi masalah buat Syahman setelah beliau dibolosi pada minit ketujuh hasil rembatan dilakukan Abu Haniffa Hassan.
JDT terus garang seminit kemudian apabila ‘backheel’ jarak dekat oleh Mahadir Harahap Khairuddin menjadikan kedudukan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: