Dalam persiapan menuju Olimpik Paris 2024, penganjur berjanji akan membersihkan Sungai Seine yang dianggap jijik dan menjadikannya selamat untuk acara sukan air.
Projek besar-besaran bernilai $1.5 bilion itu bertujuan untuk membersihkan air sungai yang tercemar supaya selamat untuk berenang.
Bagaimanapun, tular gambar beberapa atlet yang muntah setelah berenang di sungai yang mengalir di tengah kota Paris itu.
Walaupun terdapat kebimbangan mengenai paras E Coli yang tinggi dalam air, acara triathlon tetap diteruskan.
Untuk pengetahuan anda, E Coli sering dikaitkan dengan bahan kotor seperti najis dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk cirit-birit, radang paru-paru, jangkitan saluran kencing, dan sepsis.
Atlet dari Belgium, Jolien Vermeylen, mendedahkan pengalamannya semasa berenang dalam acara triathlon wanita dunia, lapor UNILAD.
Vermeylen berkata beliau menemui satu benda yang menjijikan di dalam air sepanjang berenang 1500 meter di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: