Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Atuk’ Squid Game Dipenjara 8 Bulan, Bersalah Lakukan Gangguan Seksual

today16 March 2024

Background
'Atuk' Squid Game Dipenjara 8 Bulan, Bersalah Buat Gangguan Seksual


Pelakon watak ‘atuk’ dalam siri Netflix Squid Game, O Yeong-su didapati bersalah atas tuduhan salah laku seksual.

Mahkamah daerah Suwon cawangan Seongnam menjatuhkan O Yeong-su hukuman penjara lapan bulan dengan penggantungan hukuman selama dua tahun.

Baca Juga:

Pada masa sama pelakon itu juga diperintah untuk menyelesaikan 40 jam kelas mengenai keganasan seksual.

Pelakon berusia 79 tahun itu yang didakwa atas dua pertuduhan gangguan seksual terhadap seorang wanita pada 2017, telah menafikan tuduhan terbabit.

Menurut laporan, semasa meninggalkan mahkamah, O Yeong-su memberitahu pemberita bahawa beliau merancang untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu — pelakon tersebut mempunyai tujuh hari untuk merayu atau sabitan terhadapnya akan kekal.

Pelakon itu memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Golden Globes melalui wataknya dalam Squid Game pada 2021. Beliau menjadi pelakon Korea Selatan pertama dinobatkan dengan anugerah itu.

Kontroversi tuduhan gangguan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Kapal bawa 200 tan makanan tiba di Gaza

Baitulmaqdis: Sebuah kapal misi bantuan dari Cyprus yang melalui koridor maritim baharu, mula memunggah kargo makanan yang sangat diperlukan di Gaza pada 15 Mac, ketika Hamas mencadangkan gencatan senjata baharu selama enam minggu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 March 2024