
Australia memulakan kempen Piala Dunia 2026 dengan langkah kanan selepas menewaskan Türkiye 2-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D, sekali gus berkongsi kedudukan teratas bersama Amerika Syarikat.
Walaupun Türkiye tampil lebih agresif sepanjang perlawanan, kecekapan Australia dalam memanfaatkan peluang menjadi pembeza utama di Stadium Levi’s, California.
Türkiye memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan dan lebih banyak mengancam kubu lawan dalam tempoh 10 minit pertama. Namun, Australia yang lebih tenang dalam penguasaan bola berjaya menyerap tekanan sebelum menghukum lawan menerusi serangan balas pantas.
Detik penting hadir pada minit ke-27 apabila bintang muda Australia, Nestory Irankunda, mempamerkan kelincahan luar biasa di bahagian kiri padang.
Menjadikan dia penjaring termuda Australia dalam sejarah Piala Dunia mereka.
Selepas menerima hantaran jauh, beliau melakukan sentuhan pertama yang kemas sebelum melepaskan rembatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
