Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

0070afecb2357cad798211fd8faada12

77 Results / Page 8 of 9

Buletin

Perdengar alunan ayat al-Quran setiap malam di PKRC

Kota Bharu: Alunan bacaan ayat suci al-Quran setiap malam diperdengarkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Dewan Jubli Perak sebagai pengisian rohani pesakit. Inisiatif itu dilakukan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan bacaan itu dialunkan oleh Timbalan Ketua Penolong Pegawai Perubatan JKNK Mohd Awal Din Mohd Nazir, hampir setiap malam sejak pusat itu dibuka 6 Januari lalu. Pengarah PKRC Dr Azman Yacob berkata, bacaan ayat suci diperdengarkan […]

today12 January 2021

Buletin

Ahli Parlimen Machang tarik diri daripada sokong kerajaan PN [METROTV]

Kota Bharu: Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, membuat pengumuman menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa hari ini. Pengumuman itu dibuat sebentar tadi pada sidang media di Pejabat Perhubungan UMNO negeri. Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi UMNO Negeri Kelantan berkata, keputusan itu diambil selepas melihat kerajaan hari ini dilihat seolah-olah tidak membela rakyat dan dalam masa yang sama menganiaya UMNO. Beliau berkata, bantahan... Klik untuk […]

today9 January 2021

Buletin

Tambatan Diraja, Kota Bharu lengang

Kota Bharu: Suasana di Tambatan Diraja yang sebelum ini meriah setiap kali menjelang ambang tahun baharu, malam ini kelihatan lengang Lazimnya antara dua hingga tiga jam sebelum detik 12 tengah malam, orang ramai semakin memenuhi perkarangan lokasi tumpuan pengunjung itu namun sehingga ke 9.30 malam ini, suasana masih tenang. Seorang peniaga gerai, Hazmi Faris Azman, 24 berkata, suasana malam ini sangat ketara perbezaannya berbanding kemeriahan yang dirasai sebelum ini setiap […]

today31 December 2020

Buletin

Kluster Halban: Guna dron pantau kawasan madrasah [METROTV]

Kota Bharu: Polis Kelantan menggunakan dron untuk memantau pergerakan penduduk sekitar kawasan Madrasah Daril Naim, Melor di sini susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula sejak kelmarin. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, penggunaan teknologi itu adalah berikutan faktor geologi yang mana terdapat bendang padi di belakang kawasan berkenaan. "Penggunaan dron adalah untuk membuat pemantauan dari udara berikutan kedudukan rumah agak... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today31 December 2020

Buletin

Kluster Halban: Guna dron pantau kawasan madrasah

Kota Bharu: Polis Kelantan menggunakan dron untuk memantau pergerakan penduduk sekitar kawasan Madrasah Daril Naim, Melor di sini susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula sejak kelmarin. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, penggunaan teknologi itu adalah berikutan faktor geologi yang mana terdapat bendang padi di belakang kawasan berkenaan. "Penggunaan dron adalah untuk membuat pemantauan dari udara berikutan kedudukan rumah agak... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today31 December 2020

Buletin

Pematuhan SOP di Kelantan rendah – Polis

Kota Bharu: Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) rakyat di negeri ini agak rendah dan ramai yang mengambil mudah terhadap langkah pencegahan penularan wabak Covid-19. Situasi ini semakin membimbangkan dengan bilangan perantau yang pulang ke negeri ini mengalami peningkatan dan mencecah hampir sekali ganda selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, keadaan itu boleh dilihat dengan kesesakan jalan raya dan premis... Klik untuk […]

today30 December 2020

Buletin

‘Masih terngiang-ngiang suara Miyo panggil nama saya’ [METROTV]

Kota Bharu: Remaja lelaki menangis teresak-esak meratapi tragedi menimpa rakan karibnya yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan dekat Kampung Banggol di sini, petang hari ini. Dalam kejadian pada 6 petang itu, Amirul Mukminin Mohd Izuha, 15, hilang ketika mandi bersama tiga rakannya. Menurut saksi yang juga rakan mangsa, Faris Amin Zulfadli, 16, berkata, dia dan seorang lagi rakan, Mohd Aziz Mohd Rosdi, 13, ke sungai itu pada 5.30 petang untuk […]

today27 December 2020

Buletin

Aduan pembelian online paling tinggi diterima

Kota Bharu: Aduan berkaitan urusan pembelian dalam talian paling tinggi diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di negeri ini sepanjang tahun ini. Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, pihaknya menerima 829 aduan dengan 212 aduan berkaitan pembelian dalam talian membabitkan isu penghantaran lewat, silap barangan dan penipuan. Menurutnya, pihaknya kemudian merujuk aduan terbabit kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today22 December 2020

Buletin

Berkhemah di atas bukit cari ‘line’ nak jawab periksa

Tanah Merah: Bertemankan lingkaran ubat nyamuk dan kipas angin di sisi, seorang remaja perempuan tenang menjawab soalan peperiksaan di bawah khemah di atas bukit dengan menggunakan komputer riba dan modem WiFi diletakkan di atas meja kecil. Kawasan atas bukit setinggi 20 meter di belakang rumahnya itu adalah satu-satunya lokasi terdekat membolehkan Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi, 20, yang juga penuntut Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dari Kampung Bukit Petai Tujuh, di […]

today29 November 2020