Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

0ce5e7be2cb2ba328b89f98b848291e2

86 Results / Page 9 of 10

Buletin

3 pemandu mabuk antara 17 ditahan

Ipoh: Tiga lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk termasuk warga emas antara 17 individu ditahan dalam operasi bersepadu sekitar bandar ini sempena ambang tahun baharu, malam tadi. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketiga-tiga suspek itu ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak melalui Op Mabuk. Katanya, tangkapan itu membabitkan individu berusia antara 40 hingga 61 tahun kerana memandu […]

today1 January 2021

Buletin

Penempatan panda gergasi tertakluk perjanjian bersama China

Lenggong: Kerajaan tidak dapat secara sewenang-wenangnya memindahkan beruang panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Zoo Negara ke zoo dan pameran tetap (ZPT) lain kerana membabitkan perjanjian antara dua negara. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, apa juga keputusan terhadap kedua-dua haiwan berkenaan mesti mengikut apa yang terkandung dalam perjanjian antara Malaysia dan China. "Panda gergasi ini membabitkan program antara kerajaan Malaysia... […]

today12 December 2020

Buletin

Saarani sangkal dakwaan tawar jawatan Exco

Lenggong: Umno Perak menafikan ada menawarkan sebarang jawatan kepada parti lain yang mahu membentuk kerajaan bersamanya ketika krisis politik susulan usul percaya terhadap Menteri Besar, minggu lalu. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Saarani Mohamad berkata, tiada juga janji dibuat kepada PKR mahupun Parti Amanah Negara (Amanah) untuk jawatan Exco, sebelum pelantikannya sebagai Menteri Besar, Khamis lalu. Katanya, dakwaan DAP mengenai adanya tawaran sedemikian tidak... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today12 December 2020

Buletin

Mangsa sudah dua minggu kemurungan

Kampar: Bunuh diri dipercaya menjadi motif tiga beranak ditemui maut dalam kebakaran di sebuah bilik sewa dalam unit rumah kedai tiga tingkat di Jalan Kampar Barat 3, Taman Kampar Putra, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa, R Kartiga, 35, yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Kampar ditemui bersama anak lelaki dan perempuannya, S Shaarhveesh, 12, dan S […]

today6 December 2020

Buletin

Anggota bomba BBP Ipoh positif Covid-19

Kuala Kangsar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengesahkan seorang anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh disahkan positif Covid-19. Pengarah JBPM Perak Azmi Osman berkata, anggota lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang bertugas di Unit C BBP Ipoh itu disahkan positif melalui ujian saringan pada Sabtu lalu selepas mengalami demam serta simptom lain. Menurutnya, susulan itu seramai 11 daripada keseluruhan 35 anggota dari unit sama yang dikesan […]

today30 November 2020

Buletin

Lapan individu dikompaun, bukan 40

Taiping: Masih ada penduduk daerah ini gagal mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan apabila lapan dikompaun kerana tidak mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau buku catatan. Mereka dikesan dalam operasi pematuhan di sebuah pasar sehari dekat Plaza Perbandaran Taiping di Jalan Chun Thye Ping di sini, hari ini. Jumlah itu, sekali gus menafikan dakwaan lebih 40 kompaun mengingkari arahan PKP dikeluarkan. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kompaun... Klik […]

today22 November 2020

Buletin

PKPB: Solat Jumaat tak dibenar di zon merah di Perak

Ipoh: Tiada solat Jumaat di masjid, sebaliknya digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing bagi kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah di negeri ini, susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, keputusan itu dibuat melalui titah perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas mempertimbang sembah nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri... Klik untuk baca […]

today10 November 2020

Buletin

Pegawai bomba maut jatuh motosikal

Ipoh: Pegawai bomba meninggal dunia selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya di Jalan Tanjung Bakti, Tanjung Rambutan di sini, hari ini. Mayat Penolong Penguasa Bomba Ahmad Fadzillah Tahir, 59, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Selangor ditemui orang awam pada 11.30 pagi. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata, ketika kejadian mangsa yang beralamat di Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta, di sini dalam perjalanan […]

today7 November 2020

Buletin

Polis tembak tayar dua das, pengedar dadah ditahan

Sungai Siput: Tindakan agresif seorang lelaki yang mengundurkan kereta dipandunya dalam cubaan merempuh polis untuk melarikan diri memaksa pihak berkuasa melepaskan dua das tembakan, hari ini. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, bagaimanapun tindakan suspek itu tidak berhasil apabila dia akhirnya ditangkap selepas dikejar sejauh dua kilometer dari lokasi serbuan iaitu di banglo di Salak Baru, di sini, 12 tengah hari hari ini. Beliau berkata,... […]

today27 October 2020