Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

10336d5abf61c481c2526b422b0a4da2

117 Results / Page 12 of 13

Buletin

Kartel daging: SPRM tahan ejen penghantaran

Johor Bahru: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini menahan seorang lelaki berusia 55 tahun kerana disyaki terbabit dengan kegiatan rasuah berhubung isu skandal kartel daging. Suspek yang juga ejen penghantaran ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 8 malam tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam... […]

today11 January 2021

Buletin

Mangsa banjir di Johor mendadak, 28 PPS dibuka

Johor Bahru: Mangsa banjir di negeri ini meningkat mendadak kepada 1,780 mangsa daripada 500 keluarga dengan 28 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lima daerah, setakat jam 7 malam ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata, daerah terjejas ialah Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Batu Pahat. Beliau berkata, peningkatan paling ketara berlaku di Kluang apabila mencatatkan peningkatan PPS kepada 12 berbanding hanya satu pada […]

today2 January 2021

Buletin

Banjir di Johor makin buruk

Johor Bahru: Banjir di negeri ini semakin buruk apabila empat daerah terjejas dan 1,000 penduduk daripada 274 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi Jumaat lalu. Banjir yang masuk hari kedua itu turut mengorbankan nyawa seorang wanita, Halijah Majid, 59, dari Kampung Contoh di Pekan Kahang, yang lemas selepas tergelincir ke dalam longkang besar di hadapan rumahnya ketika cuba keluar untuk ke PPS. […]

today2 January 2021

Buletin

Covid-19: Kes positif dijangka terus meningkat

Kota Tinggi: Jangkitan Covid-19 di Malaysia dijangka terus meningkat berikutan pengesanan aktif secara besar-besaran yang dijalankan di seluruh negara. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia selari dengan arahan kerajaan mewajibkan semua pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 bermula semalam. Dalam pada itu, Adham meminta semua rakyat Malaysia terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, mencuci tangan dan penggunaan cecair... Klik untuk baca artikel […]

today2 January 2021

Buletin

Jalan Skudai ditenggelami air | Harian Metro

Johor Bahru: Laluan utama Jalan Skudai menghala ke bandar raya ini ditenggelami air berikutan limpahan Sungai Skudai, hari ini. JKR Johor dalam kenyataannya berkata, laluan Jalan Skudai yang terjejas itu berhampiran jejambat Taman Ungku Tun Aminah, di sini. Ia berikutan hujan lebat yang tidak berhenti sejak 24 jam lalu menyebabkan kenderaan ringan tidak boleh melaluinya. Sementara itu, pengguna jalan berkenaan, Irwan Jumain, 39, berkata, kesesakan berlaku di situ apabila paras […]

today2 January 2021

Buletin

Ketuk pintu di Iskandar Puteri pula

Iskandar Puteri: Selepas Kampung Melayu Majidee, misteri pintu rumah diketuk berlaku di daerah ini pula, sekali gus menghantui penduduk. Dalam kejadian di Taman Serimbun di sini, beberapa rumah penduduk digemparkan ketukan misteri pada pintu rumah mereka pagi semalam. . Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Serimbun, Mohd Syafiq Mohd Bani berkata, kejadian itu berlaku pada jam 12.36 pagi selepas dia pulang bertemu rakan di kawasan berdekatan. Katanya, sebelum tidur dia memeriksa telefon... […]

today11 December 2020

Buletin

Covid-19: Angsana Johor Bahru Mall ditutup seminggu

Johor Bahru: Pusat beli-belah, Angsana Johor Bahru Mall, di sini, diarah ditutup tujuh hari bermula jam 8 malam ini sehingga 14 Disember depan berikutan penularan wabak Covid-19 di premis berkenaan. Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, arahan penutupan pusat beli-belah itu diputuskan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) selepas menilai risiko penularan wabak dan situasi semasa. Sehubungan itu, Dr Aman berkata, semua pekerja dan kakitangan bertugas di pusat beli-belah […]

today7 December 2020

Buletin

Lelaki intai wanita mandi dicari

Johor Bahru: Wanita terkejut apabila menyedari dirinya diintai seorang lelaki ketika sedang mandi di rumah sewanya Taman Setia Indah di sini, Selasa lalu. Dalam kejadian pada 7.15 pagi itu, wanita berusia 23 tahun berkenaan sedang mandi dalam tandas rumah sewanya terkejut apabila mendapati ada orang mengintainya melalui tingkap tandas yang sedikit terbuka. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, wanita berkenaan kemudiannya membuat... […]

today19 November 2020

Buletin

Banjir kilat landa JB | Harian Metro

Johor Bahru: Seramai 13 penduduk di Jalan Permatang Utama, Kempas, di sini, terpaksa dipindahkan susulan banjir kilat yang menenggelamkan rumah mereka. Dalam kejadian kira-kira jam 4.16 petang tadi, banjir sedalam hampir 1 meter itu terjadi selepas hujan lebat berlaku hampir dua jam di kawasan berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Saiful Bahri Safar berkata, sebuah jentera bersama lima anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan... […]

today19 November 2020