Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

15b3edbef005e20ad98ce29d60a33a32

1144 Results / Page 127 of 128

Sukan

Nor Iman pasrah | Harian Metro

Kuala Lumpur: Situasi yang masih tidak menentu akibat daripada penularan wabak Covid-19 menyebabkan banyak perancangan terpaksa dibatalkan dan ada di antara altet yang langsung tidak dapat menyertai sebarang pertandingan tahun ini. Ia turut dirasai oleh atlet taekwando negara, Ahmad Nor Iman Rakib yang tidak sempat menyertai sebarang pertandingan tahun ini dengan sasaran terdekat hanyalah temasya Sukan SEA Vietnam tahun depan. Begitupun Nor Iman yang meraih perak di temasya Sukan SEA... […]

today25 October 2020

Sukan

Debaran pasukan baharu Hafizh | Harian Metro

Kuala Lumpur: Selepas perkhabaran mendukacitakan mengenai pelumba moto3 negara, Khairul Idham Pawi yang tidak disambung kontraknya bersama Petronas Sepang Racing Team, mungkin berita terbaru Hafizh Syahrin Abdullah akan kembali menceriakan peminat permotoran negara. Hafizh dijangka akan memaklumkan pasukan baru yang akan disertainya sedikit masa lagi dengan proses perbincangan sudah memasuki fasa akhir. Pengurusnya, Razmin Masli Abdul Razak memaklumkan perbincangan mengenai karier Hafizh... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 October 2020

Sukan

Bapa minta Super KIP diberi peluang lagi

Kuala Lumpur: Bakat yang dimiliki oleh pelumba negara, Khairul Idham Pawi tidak harus disia-siakan kerana dia adalah pelumba yang pernah mengharumkan nama negara apabila berjaya mengibarkan jalur gemilang sebanyak dua kali di Kejuaraan Motosikal dunia dalam saingan Moto3. Ayah kepada pelumba negara itu, Pawi Omar amat berharap anaknya akan terus diberi peluang untuk meneruskan kerjayanya di Eropah dalam siri perlumbaan CEV. "Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih... Klik […]

today21 October 2020

Sukan

Dana RM300,000 ringankan beban persatuan

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Pengurusan Amanah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini meluluskan dana Covid-19 kedua kepada Persatuan Sukan Negara (PSN) bernilai RM300,000. Bagi persatuan sukan yang memerlukan bantuan berkenaan, mereka boleh memohon bantuan berkenaan bermula esok dengan bantuan dijangka akan mula disalurkan pada minggu pertama November. Untuk setiap persatuan berdaftar di bawah MOM akan menerima bantuan berjumlah RM10,000 manakala anggota bersekutu akan memperoleh... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today21 October 2020

Sukan

Chong Wei kongsi idea dengan Reezal

Kuala Lumpur: Satu perjumpaan diadakan membabitkan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagi membincangkan mengenai pembangunan sukan negara. Pemenang tiga pingat perak temasya Sukan Olimpik itu berkata, perjumpaan itu lebih menjurus kepada bertukar pandangan dan idea demi pembangunan sukan di Malaysia di pelbagai peringkat. Malah Chong Wei dalam hantaran di laman sosial Facebook yakin di bawah kepimpinan... Klik […]

today15 October 2020

Sukan

Atlet kebangsaan ‘berkampung’ di pusat latihan

Kuala Lumpur: Tiada halangan buat atlet negara meneruskan latihan seperti biasa terutama membabitkan sukan tempur atau sukan air. Biarpun Prosedur Operasi Standard (SOP) sudah dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ia tidak menjejaskan latihan semua atlet negara. Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata, semua atlet negara mendapat pengecualian. "Mereka sudah mendapat kelulusan khas iaitu... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today14 October 2020

Sukan

KBS rangka program akar umbi berkualiti

Kuala Lumpur: Satu pelan perancangan strategik (blue print) akan dirangka untuk memastikan program akar umbi yang lebih berkualiti bagi menyalurkan bakat terbaik yang akan mewakili negara khususnya dalam sukan prestasi tinggi pada masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk M Noor Azman Taib yang hadir merasmikan Bengkel Pelan Bakat Sukan Kebangsaan 2020 berkata, ia adalah perancangan jangka panjang untuk mengenal pasti dan menggilap pembangunan bakat... Klik […]

today6 October 2020

Sukan

Azizul kekal fokus demi Olimpik

Kuala Lumpur: Fokus pelumba nombor satu negara, Azizulhasni Awang tidak pernah terjejas biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan termasuklah penularan wabak Covid-19. Dia yang kini berpangkalan di Melbourne tetap berlatih seperti biasa setiap hari di velodrom dengan keadaan di Victoria juga semakin baik apabila kerajaan negara itu melonggarkan perintah kawalan pergerakan dari peringkat keempat ke peringkat ketiga. Ditanya adakah fokusnya akan terjejas apabila hampir setahun... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today4 October 2020

Sukan

Atlet boleh terus berlatih | Harian Metro

Kuala Lumpur: Tiada perancangan untuk menghentikan sebarang bentuk latihan dengan atlet akan menjalani proses latihan seperti biasa biarpun kes Covid-19 semakin meningkat. Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, hingga ketika ini belum ada sebarang arahan untuk tidak membenarkan latihan diteruskan dengan MSN akan sentiasa menjalinkan kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Justeru Shapawi menegaskan bahawa... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 October 2020