Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

1a49b711e9f6298f240081f9d38813b0

16 Results / Page 2 of 2

Buletin

316 PATI Filipina dihantar pulang

Sandakan: Seramai 316 pendatang haram dari Filipina di Sabah dihantar pulang ke negara itu melalui Pelabuhan Sandakan, semalam. Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, pihaknya dengan kerjasama Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur diketuai Konsul Jeneral Anne Jalando-On Louis melaksanakan program penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI). Menurutnya, penghantaran itu adalah siri pertama bagi tahun 2021. "Semua PATI warganegara... Klik untuk baca artikel […]

today7 March 2021

Buletin

‘Tolong anak saya perlukan darah’

Beluran: "Tolong, anak saya perlukan darah O positif." Itu rayuan seorang bapa, Radin Anggung, 61, yang memiliki tiga anak penghidap Talasemia. Radin berkata, anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Beluran dan perlu menambah darah setiap bulan. Menurutnya, baru-baru ini, dua anaknya ada mendapat bekalan darah tetapi seorang masih belum menerima darah tambahan. "Tiga anak saya itu ialah Risma, 20, Risda, 15 dan Rinnie, 10. Risma dan Rinnie ada diberikan darah baru-baru […]

today12 February 2021

Buletin

Bomba terpaksa dipanggil kerana laluan kampung teruk sangat

Beluran: Keadaan laluan yang sangat teruk menyebabkan khidmat anggota bomba dan penyelamat terpaksa digunakan untuk menjemput kanak-kanak sakit di Kampung Manduring, dekat sini, hari ini. Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Beluran selepas menghidapi penyakit jangkitan kuman di perut. Namun, keadaan laluan ke kampung itu yang sangat teruk menyebabkan ambulans sukar sampai ke rumah mangsa. Ketua Balai Bomba dan... Klik […]

today5 February 2021

Buletin

Mayat lelaki ditemui putus lengan, ditetak di kepala

Beluran: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala, belakang bahu dan putus lengan kanan di sebuah ladang kelapa sawit, di sini, hari ini. Lelaki warga Indonesia berusia 36 tahun yang bekerja di kilang kelapa sawit di ladang itu ditemui mati dalam keadaan tertiarap pada 7.30 pagi. Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata, lelaki itu dikatakan tidak hadir bekerja sejak semalam sebelum pekerja ladang menemui kenderaan mangsa […]

today9 December 2020

Buletin

Hanya bergantung pada PPE elak jangkitan

Sandakan: Menggalas tugas menjemput individu positif Covid-19 menjalani kuarantin bukanlah sesuatu yang mudah, ia bukan saja memerlukan keberanian, malah disiplin tinggi dalam menanganinya. Itu antara tanggungjawab besar perlu dipikul anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, khususnya di Sandakan dalam mengekang penularan Covid-19 berikutan peningkatan wabak itu di daerah ini. Ketua Zon Enam JBPM Sabah Martin Thomas berkata, pihaknya mula membantu mengambil dan menghantar... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today1 December 2020

Buletin

Sembunyi rokok dalam rumah kosong

Sandakan: Sebanyak 3,500 bungkus rokok seludup yang disembunyikan dalam rumah kosong, di Kampung Mangkalinau, berjaya ditemui dan dirampas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), hari ini. ESSCOM berjaya merampas rokok yang dianggarkan bernilai RM52,500 dalam serbuan 2.30 pagi itu. Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, bertindak atas maklumat berkaitan pendaratan dan penyeludupan rokok seludup, sepasukan enam anggota Tiger Platun Batalion 15 Pasukan Gerakan Am... Klik untuk baca artikel […]

today14 November 2020

Buletin

Pemandu bas di Sandakan diarah jalani ‘swab test’

Sandakan: Semua pemandu bas henti-henti di daerah ini diarahkan membuat ujian calitan Covid-19 esok. Pengerusi Lembaga Perlesenan dan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP), Datuk Chin Kim Hiung berkata, saringan akan dijalankan di Dewan Masyarakat Sandakan, bermula jam 9 pagi. "Dalam program itu juga, kami akan membantu pengusaha dan pemandu menyediakan kod respon pantas (QR) Mysejahtera. "Ini kerana kami difahamkan ada antaranya yang tidak tahu menyediakan kod QR di bas," katanya dalam […]

today4 October 2020

No more entries