Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

33080be572890beb5e1f5cb51daa9de6

26 Results / Page 2 of 3

Buletin

Ibu campak anak dari tingkap elak terperangkap dalam kebakaran

Gua Musang: Seorang ibu mencampak tiga anaknya dari tingkap berketinggian hampir dua meter, sebelum dia terjun menerusi ruang sama untuk menyelamatkan diri selepas rumah mereka di Kampung Chegar Bongar, Batu Lima di sini, terbakar. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today5 April 2021

Buletin

Mangsa lemas ditemui | Harian Metro

Gua Musang: Seorang remaja perempuan yang hilang dihanyutkan arus deras Sungai Nenggiri di Kampung Pulau Setelu, dekat sini, Jumaat lalu, ditemui lemas, hari ini. Nur Jannatul Alia Mohd Zamri, 13, dijumpai terapung di tepi sungai itu pada jam 9 pagi oleh penduduk kampung kira-kira 15 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang. Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, penduduk yang menemui mangsa terbabit dalam operasi mencari dan […]

today7 March 2021

Buletin

KPDNHEP siasat kenaikan harga sayur

Gua Musang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengakui berlaku kenaikan harga sayur yang dijual sekitar bandar ini. Kenaikan harga itu dipercayai berikutan bekalan sayur berkurangan. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Gua Musang, Mohd Koma Shapii berkata, kenaikan harga sayur itu berlaku kerana penutupan pasar besar di bandar ini. Katanya, kenaikan harga sayuran itu tidak terlalu mendadak dan masih mampu dibeli pengguna. Menurutnya,... Klik untuk baca artikel […]

today18 January 2021

Buletin

Jambatan kayu di Pos Bihai runtuh lagi

Gua Musang: "Kami di Pos Bihai sudah empat kali berdepan dengan kejadian jambatan kayu runtuh hingga terputus hubungan," kata Penghulu Orang Asli, Pos Bihai, Alang Segan. Menurutnya, hujan lebat pada Isnin lalu menyebabkan jambatan itu runtuh sekali lagi dan penduduk terputus hubungan serta tidak boleh ke bandar. "Kami sudah berpakat untuk membina semula jambatan itu bagaimanapun berhadapan dengan kesukaran apabila keadaan jalan masih berlumpur dan sukar mencari kayu di hutan […]

today15 January 2021

Buletin

Hantar bantuan makanan guna helikopter bomba

Gua Musang: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghantar bantuan makanan kepada 172 keluarga Orang Asli di Pos Gob, dekat sini, hari ini. Mereka terputus makanan sejak seminggu lalu kerana terperangkap di pos terbabit berikutan jalan balak rosak teruk dan jambatan runtuh. Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Gua Musang, Muhamad Yusrizal Ghani berkata, pihaknya membuat persediaan awal untuk tujuan itu selepas menerima maklumat penduduk Orang Asli […]

today14 January 2021

Buletin

Kontak rapat tampil jalani saringan

Gua Musang: Disebabkan dua pemimpin tempatan disahkan positif Covid-19, ramai penduduk yang menjadi kontak rapat tampil menjalani saringan di Dewan Pusat Sivik di sini, hari ini. Mereka tampil menjalani saringan secara terbuka oleh Jabatan Kesihatan Daerah di dewan itu. Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Ab Aziz Yusoff bersama Ketua Pemuda Umno Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani disahkan positif Covid-19. Dua pemimpin itu dihantar menerima rawatan serta […]

today10 January 2021

Buletin

JIK bantu mangsa banjir bersihkan rumah

Gua Musang: Ahli Kelab Jalinan Ikatan Kasih (JIK) Gua Musang tidak pernah jemu membersih rumah mangsa banjir selepas air surut, petang semalam. Ia khususnya membabitkan rumah mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi, dekat sini, yang kerap dilanda limpahan air Sungai Galas. Pengerusinya, Shamsina Ahmad Kamal berkata, dalam tempoh seminggu ini sudah tiga kali pihaknya turun padang ke kampung itu untuk membersih rumah. "Kita amat bersimpati dengan nasib penduduk kampung itu […]

today10 January 2021

Buletin

Ketuk, lerai tembaga curi dalam longkang

Gua Musang: Bunyi pelik dari longkang besar di sekolah menengah di Sungai Asap, dekat sini, membongkar aktiviti mencuri dawai dan tembaga di sekolah berkenaan. Malah, turut ditemui di 45 kilogram (kg) tembaga di dalam longkang itu pada pagi Selasa lalu, sekali gus meleraikan misteri kehilangan tembaga lintas pintas yang berlaku sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian itu disedari […]

today31 December 2020