Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

3882141b199f08de08550a2fb57b3902

12 Results / Page 1 of 2

Akademi futsal

Sukan

Impak PKP, Akademi Futsal Di Manjung Ini Ambil Inisiatif Jual Ayam Goreng

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan pada ketika ini, sebuah akademi futsal di Manjung, Perak telah mengambil inisiatif terpuji dalam usaha mereka untuk mengisi kantung pasukan dalam menghadapi saat sukar berikutan wabak melanda. Akademi yang dikenali sebagai TOT United Futsal Academy (TUFA) ini bukanlah nama besar dalam kancah futsal tanah air dan mungkin ramai dalam kalangan kita tidak pernah mengetahui kewujudannya tetapi usaha mereka untuk menyelamatkan jangka hayat... Klik […]

today5 February 2021

Perak FC

Sukan

Berita Gembira Buat Kem Perak FC, Tunggakan Gaji Bakal Selesai

Barisan pemain dan pegawai Kelab Bolasepak Perak (Perak FC) akhirnya dapat menarik nafas lega apabila tunggakan gaji yang dihadapi sejak bulan November akan diselesaikan pada Selasa depan. Perkembangan terkini berhubung pembayaran gaji itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Yang Berhormat (YB) Khairul Shahril Mohamed menurut laporan yang dikeluarkan Suara Perak, sebentar tadi. Seperti dilaporkan sebelum ini, barisan pemain dan pegawai... Klik untuk baca artikel […]

today4 February 2021

Jose Mourinho

Sukan

Tak Sukar Pun Nak Bimbing Chelsea

Jose Mourinho yang mula mencipta nama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea pada musim 2004/05 menganggap tidaklah menjadi satu kesukaran untuk membimbing kelab dari London tersebut. Kenyataan itu dikeluarkan Mourinho ketika menjawab pertanyaan wartawan dalam memberikan komen tentang kehadiran pengendali kelahiran Jerman, Thomas Tuchel yang dilantik sebagai pengurus baharu Chelsea susulan pemecatan Frank Lampard pada 25 Januari lalu. Selain mengambil contoh dirinya telah... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today4 February 2021

Jurgen Klopp

Sukan

Pemain Kami Tidak Cukup Segar Fizikal Dan Mental

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui fizikal dan mental anak buahnya berada dalam keadaan begitu penat sehingga menyebabkan The Reds mengalami kekalahan kedua berturut-turut di gelanggang sendiri, awal pagi tadi. Jaringan tunggal Steven Alzate pada minit ke-56 sudah cukup untuk mengecewakan barisan pemain Liverpool yang hanya mampu menjelmakan satu percubaan tepat ke arah gawang pasukan kelompok bawahan liga tersebut. Lebih menyulitkan lagi keadaan, mereka juga buat pertama kalinya... Klik untuk baca […]

today4 February 2021

Kitman

Sukan

Wira Yang Tak Didendang Buat Pasukan Bola Sepak

Tugasan sebagai kitman di sesebuah kelab bola sepak mungkin tidak popular berbanding pemain atau jurulatih yang semestinya lebih mendapat perhatian umum. Keadaan itu nyata bukanlah perkara asing kerana tugasan mereka bersifat di belakang tabir tetapi peranan yang dimainkan insan bergelar kitman ini amat besar dalam menjayakan perjalanan sesebuah pasukan. Mari kita ketahui serba sedikit tentang peranan penting kitman dalam melancarkan perjalanan sesebuah pasukan yang dikongsikan bekas kitman... Klik untuk baca […]

today3 February 2021

Antonio Rudiger

Sukan

Antonio Rudiger Tepis Dakwaan Sebabkan Lampard Dipecat

Pertahanan tengah Chelsea, Antonio Rudiger dengan tegas menepis dakwaan yang mengatakan beliau merupakan antara dalang menyebabkan pengendali terdahulu, Frank Lampard dipecat pada 25 Januari lalu. Lampard menerima nasib sama seperti Jose Mourinho dan pengurus-pengurus Chelsea sebelum ini berikutan prestasi hambar skuad bimbingannya yang tewas lima daripada lapan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL). Beliau kemudiannya digantikan dengan bekas pengurus Paris Saint-Germain (PSG),... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today3 February 2021

Ole Gunnar Solskjaer

Sukan

Ini Malam Yang Perlu Diraikan

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer jelas tidak dapat menyembunyikan rasa teruja selepas melihat anak buahnya berjaya membelasah Southampton 9-0 pada aksi yang berlangsung di Old Trafford, awal pagi tadi. Kemenangan bermakna hasil sumbangan jaringan daripada Anthony Martial [2 gol], Aaron Wan-Bissaka, Marcus Rashford, Edinson Cavani, Bruno Fernandes, Scott McTominay, Daniel James dan gol sendiri Jan Bednarek itu telah mengulangi pencapaian sama buat The Red Devils pada musim... Klik untuk […]

today3 February 2021

Jose Luis Chilavert

Sukan

Ledakan Berbisa Kaki Kiri Aset Berharga Jose Luis Chilavert

Jose Luis Chilavert, satu nama yang tidak perlu untuk diperkenalkan lagi dalam kancah bola sepak dunia susulan aksi tangkasnya dan tidak kurang juga dengan sikap panas barannya apabila terlibat dengan pergeseran bersama mendiang Diego Maradona, Roberto Carlos dan Faustino Asprilla. Ingatan para peminat terhadap perkara-perkara negatif tersebut bagaimanapun pasti akan lenyap sekiranya kita mengulas tentang kehebatan bekas penjaga gol skuad kebangsaan Paraguay itu dalam menyempurnakan peluang... Klik untuk baca artikel […]

today2 February 2021

Mitchell Bergkamp

Sukan

Enggan Dibayangi Legasi Bapa, Mitchel Bergkamp Mahu Buktikan Kemampuan

Rekrut terbaharu skuad bawah 23 tahun (B-23) Watford, Mitchel Bergkamp tekad mahu lari daripada bayangan legasi bapanya yang merupakan legenda bola sepak Belanda,  Dennis Bergkamp. Mitchel yang baharu sahaja menandatangani perjanjian selama enam bulan dengan pilihan lanjutan kontrak, menyimpan tekad untuk membuktikan kualiti dirinya bersama kelab tersebut. Pemain berusia 22 tahun yang beraksi di posisi tengah menyerang itu sebelum ini menyarung jersi kelab divisyen 2 Belanda, Almere City... Klik untuk […]

today2 February 2021