Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

4309602278ba465edc6ec6c24b49779e

123 Results / Page 12 of 14

Buletin

Paip bermasalah diganti secara berjadual – SPAN

Shah Alam: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan memastikan paip bermasalah digantikan secara berjadual bagi memastikan insiden paip pecah tidak berterusan sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna. SPAN dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya sentiasa memantau rapi perancangan setiap operator bekalan air termasuk meluluskan projek penggantian paip di setiap negeri termasuk di Selangor. Menurut kenyataan itu, program penggantian paip adalah salah satu aspek yang... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today30 December 2020

Buletin

Bekalan air dijangka pulih 12 tengah hari esok

Shah Alam: Kerja pembaikan paip utama di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di sini, yang pecah selesai sepenuhnya pada 9 malam tadi. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan kerja berkenaan siap mengikut jadual dan air mula disalurkan kepada pengguna bermula 9.30 malam. "Tempoh pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat bagi setiap kawasan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. "Bekalan air di kawasan-kawasan yang... Klik […]

today29 December 2020

Buletin

7 PATI kena cekup | Harian Metro

Shah Alam: Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (Pati) di Jalan Masjid, Kampung Sungai Serdang di Tok Muda, Kapar pagi semalam. Tujuh individu termasuk tiga wanita itu ditahan sekitar 10.30 pagi selepas gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah. Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, empat yang ditahan adalah lelaki warga Indonesia manakala tiga wanita adalah warga Myanmar. "Kesemua tangkapan pendatang asing... […]

today26 December 2020

Buletin

Polis nafi pesakit Covid-19 ditempatkan di Stadium Tertutup Shah Alam

Shah Alam: Polis Selangor menafikan berita palsu berhubung pesakit Covid-19 kini ditempatkan di Stadium Tertutup Shah Alam susulan kesesakan di Hospital Sungai Buloh. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 32 saat ditularkan menerusi media sosial memaparkan sekumpulan individu ditempatkan dalam sebuah stadium tertutup. "Insiden berkenaan didakwa berlaku di stadium tertutup di sini dan dikatakan berpunca daripada kesesakan di... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today26 December 2020

Buletin

3 gudang di PKFZ terbakar

Pelabuhan Klang: Tiga lot gudang tempat memproses makanan haiwan di Pelabuhan Klang Free Zone (PKFZ) hampir musnah dijilat api dalam satu kebakaran malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 11 malam. Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari lima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu BBP Pelabuhan Klang, Sungai Pinang, Kota Anggerik, Kota Raja dan […]

today20 December 2020

Buletin

Pembaikan paip pecah selesai | Harian Metro

Shah Alam: Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak di Seksyen 24, dekat sini, selesai pada 6 pagi, hari ini. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri berkata, susulan itu bekalan air ke enam kawasan di wilayah Klang/Shah Alam yang terjejas iaitu Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 sudah mula disalurkan kepada pengguna bermula 6.50 pagi tadi. "Seperti yang dimaklumkan, bekalan air di […]

today14 December 2020

Buletin

6 kawasan alami gangguan bekalan air malam ini

Shah Alam: Enam kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 10.30 malam ini. Ia berikutan terdapat insiden paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24 dekat sini. Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan enam kawasan berkenaan adalah Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25. "Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air bagi pengguna yang terjejas sepanjang gangguan bekalan […]

today13 December 2020

Buletin

JAS, MPK serbu premis cuci tong terpakai

Klang: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerbu sebuah premis yang didapati menjalankan aktiviti mencuci tong terpakai secara haram di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang. Pengarah JAS Selangor Nor Aziah Jaafar berkata, aktiviti di premis berkenaan didapati menjadi punca kepada pembentukan buih berwarna putih dalam parit di sekitar kawasan perumahan Taman Ubudiah. "Ketika serbuan yang dijalankan oleh pihak JAS Selangor dan MPK pada 10 pagi tadi, […]

today10 December 2020

Buletin

Penipu kes pelaburan di Arab Saudi ditahan polis

Shah Alam: Polis menahan seorang wanita berusia 58 tahun yang terbabit dalam penipuan perniagaan atau pelaburan di Arab Saudi empat tahun lalu. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan di kawasan perniagaan Seksyen 13 petang semalam. "Suspek ditahan jam 4.30 petang semalam hasil risikan dan maklumat awam. "Dia direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dihubungi hari […]

today10 December 2020