Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

489723625df3028eb42585106b32b45b

57 Results / Page 6 of 7

Buletin

Lelaki dikhuatiri lemas | Harian Metro

Pasir Gudang: Seorang lelaki berusia 35 tahun dikhuatiri lemas di perairan Selat Johor di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Putih, dekat sini, tengah hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, sekitar 12 tengah hari, mangsa bersama seorang rakan pergi memancing dengan menaiki sampan ke sebuah rumah rakit di perairan itu. Katanya, berikutan angin kuat dan arus laut deras, mereka dipercayai naik ke rakit […]

today15 December 2020

Buletin

Maut ketika melakukan kerja penyelenggaraan

Johor Bahru: Seorang lelaki maut dalam insiden letupan gas dipercayai ketika melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah pasar raya di Jalan Kota Tinggi, Ulu Tiram, dekat sini, tengah hari tadi. Mangsa, Ong Kim Hin, 52, yang juga pekerja di pasar raya itu, maut di tempat kejadian. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Kilok Anak Lampas berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.35 […]

today15 December 2020

Buletin

Diperkosa enam lelaki | Harian Metro

Kulai: Polis menahan enam lelaki tempatan bagi membantu siasatan susulan laporan seorang wanita yang mendakwa dirogol di sebuah kediaman di Taman Muhibah Saleng, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada wanita berusia 29 tahun itu jam 5.55 pagi. Beliau berkata, pada jam 8.50 pagi hingga 1.50 tengah hari semalam, pihaknya membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Muhibah Saleng, dan […]

today8 December 2020

Buletin

Masjid, surau di Batu Pahat tangguh solat jemaah

Johor Bahru: Sebanyak 27 masjid dan surau di Batu Pahat menangguhkan pelaksanaan solat fardu lima waktu secara berjemaah dan solat Jumaat susulan bagi penularan Covid-19. Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, masjid dan surau itu dikenal pasti oleh Pejabat Kesihatan Daerah sebagai berisiko kepada ahli kariah. "Hanya empat pegawai masjid saja boleh melaksanakan solat fardu lima waktu secara berjemaah dan 12 orang bagi solat Jumaat termasuk pegawai masjid. "Masjid yang […]

today28 November 2020

Buletin

PPS SK Batu 10, SK Kampung Pasir ditutup

Johor Bahru: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini yang menempatkan 69 mangsa banjir sudah ditutup. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata, PPS yang ditutup itu membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10 di Skudai dan SK Kampung Pasir. "PPS yang sebelum ini menempatkan mangsa banjir Kampung Laut, Batu 10 dan Kampung Pasir itu sudah ditutup dan kesemua mangsa sudah pulang ke rumah masing-masing. "Penutupan itu […]

today23 November 2020

Buletin

Perdaya penagih dadah jadi keldai akaun

Johor Bahru: Polis menahan 10 individu tempatan selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan mengumpulkan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijual kepada sindiket penipuan Macau Scam, pinjaman dan pelaburan tidak wujud. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket beroperasi sejak Februari lalu di sekitar daerah ini, diketuai seorang lelaki dikenali sebagai Frankie atau Allan dengan mensasarkan pemilik akaun dalam kalangan penagih dadah. Beliau berkata, kad ATM... Klik untuk […]

today23 November 2020

Buletin

2 PPS dibuka di Johor Bahru

Johor Bahru: Mangsa banjir di Johor bertambah semula kepada 69 orang dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata, sehingga 8 pagi, PPS yang dibuka hanya membabitkan kawasan banjir kilat di Johor Bahru. "PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10, Skudai, menempatkan 38 mangsa daripada sembilan keluarga, manakala PPS di SK Kampung Pasir pula menempatkan 31 mangsa daripada […]

today23 November 2020

Buletin

Air naik sampai bumbung kereta

Johor Bahru: "Tiada angin, tiada guruh tiba-tiba saja air naik sampai bumbung kereta. Mujur ada orang kampung yang mempunyai bot, mereka segera beri bantuan," kata penduduk Kampung Pasir, Faizal Rasib, 35. Faizal berkata, dia yang pada ketika itu sedang bekerja di bengkel mendapat panggilan telefon daripada isteri memaklumkan hujan lebat jam 2 petang, selain air sudah mulai naik. "Isteri saya telefon suruh pindahkan peti sejuk kerana air dari kawasan rendah […]

today21 November 2020

Buletin

Pelaksanaan PKPB wajar – Dr Adham Baba

Kota Tinggi: Langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah tindakan wajar dalam memerangi penularan Covid-19. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah awal pencegahan dan kawalan perlu dilaksanakan sama ada merawat bagi yang positif mahupun mengenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah atau Home Surveillance Order (HSO) bagi yang tidak bergejala. "Melihat kepada data (gelombang ketiga Covid-19), perlu kita buat tindakan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today14 November 2020