Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

4b4d6aa07b262274d7ddad852f6b556f

55 Results / Page 6 of 7

Buletin

Didakwa bunuh ibu saudara | Harian Metro

Jelebu: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Jelebu di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya. G Gobinathan 45, dari Bandar Seri Jempol yang bekerja sendiri mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mengikut pertuduhan, Gobinathan didakwa menyebabkan kematian A Nirmala, 51, di Kampung Dusat, Jempol antara jam 7.30... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today18 March 2021

Buletin

Dua mahkamah syariah baharu bakal beroperasi

Jempol: Dua kompleks mahkamah syariah baharu iaitu di Kuantan, Pahang dan Kota Kinabalu, Sabah bakal beroperasi tidak lama lagi. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, Kompleks Mahkamah Syariah Pahang dijangka siap pada awal Mac depan manakala Kompleks Mahkamah Syariah Sabah dijangka siap pada pertengahan April tahun ini. Beliau berkata, kos pembinaan kompleks mahkamah di Pahang berjumlah RM44.7 juta manakala RM67.8 juta di Kota... […]

today25 February 2021

Buletin

Sisa diesel buat Sungai Serting jadi hitam

Jempol: Cecair disyaki diesel dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab ke dalam Sungai Serting menyebabkan ia berubah menjadi warna hitam, hari ini. Kejadian disedari pekerja sebuah restoran pada 5.50 petang yang terbau minyak diesel sebelum mencari punca bau berkenaan. Pengurus Cyedok Kafe, Nazrul Hafiz Abas berkata, dia dan pekerja bergegas ke sungai yang terletak kira-kira 50 meter dari restorannya di Bahau sebelum terkejut melihat air sungai berwarna hitam. Katanya, bau diesel... […]

today10 February 2021

Buletin

Suspek pukul pekerja stesen minyak ditahan

Jelebu: Selepas dua minggu melarikan diri, lelaki yang memukul seorang pekerja stesen minyak di Taman Sri Cempedak, Kuala Klawang dalam kejadian 19 Disember lalu, akhirnya ditahan polis, hari ini. Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Klawang pada 4.30 petang hari ini. Beliau berkata, polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Jelebu, pagi esok. Portal […]

today4 January 2021

Buletin

Hebat! Penjara Jelebu pasarkan 8 tan keli sebulan

Jelebu: Penjara tidak lagi hanya lokasi mengurung banduan malah kini berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penternakan ikan air tawar skala besar. Terbaru Penjara Jelebu di sini, dinobatkan sebagai johan Anugerah Kecemerlangan Bengkel Akaun Amanah Sektor Penternakan Peringkat Jabatan Penjara Malaysia, sekali gus menjadi contoh kepada pengusaha yang baru menceburi bidang akuakultur. Pegawai Perikanan Daerah Jelebu, Mohd Azhar Jusoh berkata, pihak Penjara Jelebu sentiasa menjadikan Jabatan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 December 2020

Buletin

Berkorban jaga ibu bapa | Harian Metro

Kuala Pilah: Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulah situasi yang dihadapi wartawan sambilan Harian Metro yang menjaga ibu bapanya yang sakit. Bukan hanya perlu mengurus keperluan harian ayahnya, Yahya Maarof, 75, serta ibunya, Rohah Amin, 72, bahkan Amran, 52 perlu membawa kedua orang tuanya ke klinik kesihatan dan hospital bagi mendapatkan rawatan mengikut jadual ditetapkan. Malah, Amran juga turut mempunyai temujanji dengan doktor selepas mengidap penyakit berkaitan darah... […]

today11 December 2020

Buletin

Harimau kumbang baham lembu | Harian Metro

Kuala Pilah : "Pada mulanya saya ingatkan kematian lembu disebabkan perbuatan khianat. Namun apabila melihat bangkai lembu di tepi jalan di Kampung Panglang, saya tahu ia bukan," kata Baharin Mohamad, 52. Baharin dari Kampung Tengah mendakwa dua lembu ternakan miliknya mati dibaham harimau kumbang akhir Oktober lalu manakala satu lagi selang seminggu selepas itu. "Terdapat kesan gigitan pada tengkuk lembu yang mati selain organ dalaman haiwan berkenaan turut hilang. Jabatan […]

today28 November 2020

Buletin

Balu Sarjan Baharuddin terima sumbangan Yang di-Pertuan Agong

Jempol: Kematian mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54, dalam kejadian tembakan di sempadan Malaysia-Thailand semalam mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Berikutan itu, juruiring baginda, Datuk Yahaya Othman hadir menyampaikan sumbangan kepada balu mendiang, Relow Ko di rumah bapa mendiang di Kampung Orang Asli Sungai Sampo, dekat sini, petang tadi. Pada majlis itu, Yahaya menyampaikan watikah ucapan takziah kepada keluarga... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today26 November 2020

Buletin

Warga emas diserang anjing ketika berbasikal

Jempol: Seorang wanita warga emas mendakwa 'diserang' anjing liar ketika berbasikal di Taman Bahau, pagi tadi. Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, Jamaliah Daud, 60, dia terkejut dengan kehadiran dua ekor anjing liar di kawasan berkenaan. "Saya segera melompat dari basikal dan terjatuh atas jalan. Entah bagaimana saya diberi kekuatan untuk melawan anjing yang mahu menerkam apabila berdiri dan mengangkat basikal. "Niat hati nak baling basikal itu ke arah anjing. […]

today16 October 2020