Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

51da0541b4580b657733a2b54b24d2ad

123 Results / Page 10 of 14

Buletin

Segelintir warga KL ‘bersesak’ rai tahun baharu

Kuala Lumpur: Ratusan orang ramai berkumpul di kawasan pusat beli-belah terkemuka di ibu kota malam ini, dipercayai bagi menyambut Ambang Tahun Baharu. Rakaman video berdurasi 53 saat yang menunjukkan orang ramai berkeliaran di luar pusat beli-belah itu tular di media sosial. Selain itu, rakaman terbabit turut menampakkan kesesakan teruk berlaku di sekitar kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, sepasukan polis berada di lokasi... […]

today1 January 2021

Buletin

8 kluster baharu Covid-19 dikesan

Kuala Lumpur: Sebanyak lapan lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Kedah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama dikenali sebagai Kluster Tembok Choh yang dikesan melalui saringan bersasar di sebuah pusat tahanan. "Kluster ini membabitkan daerah Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi, Kulai dan Mersing. Setakat ini, seramai 382 individu dikesan positif Covid-19... Klik […]

today30 December 2020

Buletin

Lelaki langgar lari di Lebuhraya Grand Saga ditahan

Kajang: Pemandu kereta yang disyaki melanggar lari Toyota Vios sehingga menyebabkan seorang maut dan empat cedera di Kilometer 11.8 Lebuhraya Grand Saga di sini, pada 23 Disember lalu, ditahan polis hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di rumahnya di Cheras pada 2.30 petang. "Hasil soal siasat dilakukan terhadap suspek, dia mengaku terbabit dalam kemalangan itu. "Polis dengan dipandu […]

today29 December 2020

Buletin

Penganjur, pelumba haram LPT2 tumpas

Kuala Lumpur: Dua kumpulan pelumba haram ditumpaskan apabila 10 individu termasuk penganjurnya ditahan polis dalam tiga serbuan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Terengganu pada awal pagi hari ini. Kesemua lelaki berusia antara 24 hingga 33 tahun itu ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman. Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai perlumbaan motosikal... Klik […]

today29 December 2020

Buletin

9 kluster baharu Covid-19 di 6 negeri

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sembilan kluster baharu berkaitan Covid-19 yang dikenal pasti di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama dikenali sebagai Kluster Seri Lanang yang dikesan menerusi saringan bersasar di sebuah kilang. "Kluster tempat kerja ini membabitkan daerah Klang, Gombak, Kuala Selangor dan Petaling, seramai 1,020 individu sudah... Klik untuk baca artikel […]

today29 December 2020

Buletin

‘Saya sentiasa ingat pesan bonda’ – Najib

Kuala Lumpur: "Saya sentiasa ingat pesan bonda supaya menjalankan kerja dengan penuh dedikasi dan menjaga nama baik keluarga walaupun dalam politik tidak dapat dielak kecaman. "Kebenaran akan muncul lambat laung, InsyaAllah," kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung bondanya, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah. Jenazah Tun Rahah yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, semalam, selamat disemadikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid... Klik untuk […]

today19 December 2020

Buletin

Bapa tikam anak dipenjara 10 tahun

Petaling Jaya: Seorang pekerja kedai aksesori kenderaan yang menikam bayi perempuannya berusia 18 bulan hingga parah dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini. Hukuman itu dijatuhi Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar selepas tertuduh, Muhammad Safwan Shafie, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit. Tertuduh dilihat menangis apabila ditunjukkan gambar anaknya oleh mahkamah untuk tujuan pengecaman. Dia didakwa cuba membunuh dengan menikam perut anak... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today17 December 2020

Buletin

Kemalangan akibat pemandu lori ubah haluan

Kuala Lumpur: Siasatan polis mendapati kemalangan maut di Lebuhraya Bukit Jalil, di sini, petang tadi, berlaku selepas pemandu lori mengubah haluan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan itu membabitkan lori, kereta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Perodua Myvi. Menurutnya, polis menerima laporan kejadian pada jam 5.30 petang. "Kemalangan berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 58 tahun bergerak di... Klik untuk baca […]

today9 December 2020

Buletin

Kerajaan tarik balik keputusan jual anak syarikat THP

Kuala Lumpur: Kerajaan menarik balik keputusan menjual dua anak syarikat TH Plantations Bhd (THP) iaitu Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd (Tamaco). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam kenyataan bersama hari ini berkata, keputusan itu dibuat pada 4 Disember lalu untuk […]

today8 December 2020