Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

51da0541b4580b657733a2b54b24d2ad

123 Results / Page 12 of 14

Buletin

PRESMA sambut baik kebenaran kerajaan lanjut waktu perniagaan

Kuala Lumpur: Waktu perniagaan yang dilanjutkan hingga tengah malam memberi peluang kepada peniaga menambah pendapatan. Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pengumuman itu adalah 'bonus' kepada ahlinya yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). "PRESMA menyambut baik kebenaran kerajaan yang membolehkan waktu perniagaan di restoran, kedai dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today23 November 2020

Buletin

PKPB di Labuan dilanjutkan | Harian Metro

Kuala Lumpur: Kerajaan melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Labuan susulan masih berlaku peningkatan kes positif Covid-19. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat hari ini sebanyak 35 kes positif baharu dilaporkan di kawasan berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 1,135 kes. "Atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sidang khas hari ini... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today13 November 2020

Buletin

Kerajaan terima 3 tuntutan sivil penamatan kontrak KVDT2

Kuala Lumpur: Kerajaan berdepan tiga tuntutan sivil berikutan penamatan kontrak Landasan Berkembar Lembah Klang atau Klang Valley Double Track Project (KVDT2). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hasan berkata, tuntutan itu adalah semakan kehakiman, writ saman 'breach of contract' daripada pihak syarikat dan permohonan injuksi yang diambil kerajaan. "Berhubung soalan dikemukakan (Ahli Parlimen) Seremban (Loke Siew Fook) ulasan Peguam Negara... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today11 November 2020

Buletin

Belanjawan: ‘Info On Wheels’ sampai hasrat kerajaan

Kuala Lumpur: Sebanyak 12 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini, diadakan hebahan 'Info On Wheels – Ayuh Bersama Cakna Belanjawan 2021' untuk memberitahu dan menjelaskan mengenai belanjawan itu kepada penduduk. Jabatan Penerangan Malaysia dalam kenyataan berkata, hebahan yang memberi tumpuan di kawasan perumahan dan premis perniagaan itu bermula pagi tadi dengan disertai Pengarah Penerangan Negeri, Erwin Khairul Ahmad. "Fokus utama hebahan itu adalah untuk menyampaikan... Klik untuk […]

today8 November 2020

Buletin

Muhyiddin kongsi kesedihan pemergian lagenda bola sepak

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi kesedihan atas pemergian lagenda sukan bola sepak negara, Datuk Mohamad Bakar. Muhyiddin menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, jasa dan pengorbanan Allahyarham akan terus dikenang negara serta rakyat untuk selamanya. "Bagi pihak kerajaan, saya ucapkan terima kasih atas jasa dan sumbangan Allahyarham sepanjang berkecimpung dalam arena bola sepak, terutamanya ketika membantu skuad negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik... Klik untuk baca […]

today8 November 2020

Buletin

Belanjawan 2021 ‘batu loncatan’ kepada usahawan wanita

Kuala Lumpur: Peruntukan khusus kepada golongan wanita menerusi Belanjawan 2021 yang diumumkan semalam, menjadi 'batu loncatan' kepada usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan sekali gus membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Menerusi peruntukan itu, kerajaan menyediakan RM50 juta bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang bertujuan memperkasa golongan wanita dalam bidang... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today7 November 2020

Buletin

SPR lebih bersedia laksana pilihan raya

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini lebih bersedia mengendalikan pilihan raya ketika tempoh Covid-19 dengan dengan garis panduan pencegahan yang lebih komprehensif. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tahap kesiapsiagaan SPR termasuk penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU). Katanya, ia juga selaras Perlembagaan negara yang menetapkan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pemakluman... Klik untuk baca artikel […]

today5 November 2020

Buletin

Lelaki ditemui mati dalam kereta

Kuala Lumpur: Seorang lelaki dtemui mati di dalam kereta berhampiran Stesen KTM Kem Batu Kentomen di sini, hari ini. Lelaki berusia 30-an itu dilihat tidak sedarkan diri di dalam kereta oleh orang awam sebelum menghubungi bomba untuk bantuan pada 10.31 pagi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, Ramli Omar berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kereta yang diparkir di tepi jalan berkenaan dalam keadaan berkunci. "Terdapat […]

today2 November 2020

Buletin

Buruh binaan maut tertusuk besi

Kuala Lumpur: Seorang pekerja binaan warga asing maut akibat tertusuk besi di perut dalam kejadian di tapak pembinaan Jalan Tun Razak di sini, hari ini. Insiden dilaporkan berlaku pada 11.56 pagi. Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak serta Pudu dengan kekuatan 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Komander Operasi Mohd Farid Hussin berkata, lelaki warga asing berusia 30-an itu dikatakan terjatuh dari ketinggian 30 meter. "Mangsa […]

today2 November 2020