Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

51ed58171460dc17e2741e6f46c53721

29 Results / Page 3 of 4

Buletin

Permintaan Firash tertunai | Harian Metro

Bagan Serai: "Biarpun keadaannya lemah namun senyuman yang ditunjukkan ketika mandi di sini jelas menggambarkan kegembiraannya," kata Presiden Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN), Maznah Tayib mengulas permintaan pesakit kanser darah tahap akhir, Muhamad Firash Aryyan Muhamad Yusri, 6. Menurutnya, kanak-kanak yang lebih mesra dengan panggilan Firash itu menyatakan hasrat kepada ibunya, Aida Royani Abdul Razak, 30, untuk mandi di taman tema Bukit Merah Laketown... Klik untuk baca […]

today20 March 2021

Buletin

Cari lain, terjumpa mayat reput

Parit Buntar: Mayat reput ditemukan pasukan penyelamat ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh daripada bot nelayan, hari ini. Ketua Pangkalan Cawangan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Kuala Kurau Nazri Mohd Noh berkata, mayat tanpa sebarang pakaian dan identiti itu ditemukan terapung oleh sekumpulan nelayan tempatan sekitar 6 petang hari ini. Menurutnya, khidmat pasukan Bomba dan Penyelamat digunakan bagi membantu menaikkan mayat... Klik untuk baca artikel […]

today6 March 2021

Buletin

Video lelaki didakwa pakai gelang KKM tidak benar

Taiping: Lelaki didakwa merayau-rayau di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang, di sini, yang tular di media sosial, hari ini dikenal pasti sebagai warga tempatan bukan warga Bangladesh. Malah, dakwaan mengatakan lelaki berusia 53 tahun berkenaan turut memakai gelang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti video yang tular juga tidak benar. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat daripada anggota unit peronda lebuh raya... Klik […]

today16 January 2021

Buletin

‘Nampak api kilat terkena arwah’

Bagan Serai: "Aku lewat sikit, patah balik sat ambil handset tertinggal, mana tau jadi apa-apa kat aku nanti." Demikian kata-kata Allahyarham Mohd Isa Abdul Rani, 50, kepada rakannya, Hairul Hafizi Ismail, 44. Dalam kejadian jam 3.30 petang tadi, Mohd Isa maut dipanah petir ketika melakukan kerja memotong rumput di kebun durian di Parit Abu Hassan, Alor Pongsu, di sini. Hairul Hafizi berkata, sebelum mereka mula bekerja, Allahyarham menghubunginya memberitahu dia […]

today17 December 2020

Buletin

Remaja lemas, mayat tersepit di celah batu sungai

Taiping: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan tersepit di celah batu ketika mandi bersama rakan di sungai berhampiran sebuah chalet, Air Itam, Jelai, Batu Kurau, di sini, petang tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 6.03 petang. Menurutnya, difahamkan ketika kejadian mangsa bersama empat lagi rakan datang ke lokasi untuk mandi-manda sebelum mangsa dilaporkan tergelincir di celah... Klik untuk […]

today15 December 2020

Buletin

Hab ternakan siput sudu di Perak

Taiping: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperuntukkan RM100,000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Tinggi, Sungai Tiram, di sini, bagi menjadikan kawasan itu sebagai hab ternakan siput sudu pada tahun hadapan. Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, ini berikutan terdapat permintaan tinggi terhadap siput sudu, dan sukar memenuhi permintaan pasaran khususnya di Utara tanah air. "LKIM memilih PNK Sungai Tinggi berikutan mereka mempunyai... Klik untuk baca […]

today5 December 2020

Buletin

Baru 2 hari balik rumah, kena pindah semula ke PPS

Bagan Serai: Baru dua hari balik rumah, kena pindah semula ke pusat pemindahan sementara (PPS). Itu nasib sebahagian mangsa banjir dari Kampung Matang Tengah apabila dipindahkan buat kali kedua ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, malam tadi. Penduduk, Ramlah Said, 70, berkata, dia tidak menjangka akan dipindahkan kali kedua ke PPS itu berikutan baru dua hari pulang dan selesai membersihkan rumah Sabtu lalu. "Letih cuci rumah pun belum hilang […]

today1 December 2020

Buletin

Kehadiran Ebit Lew ceriakan mangsa banjir

Bagan Serai: Kehadiran pendakwah, Ustaz Ebit Lew ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, di sini, hari ini, menceriakan 152 mangsa banjir. Mangsa banjir, Rokiah Yusof, 42, berkata, sewaktu dipindahkan ke PPS itu, dia ada bersembang dengan rakannya sama ada Ebit sudi datang membantu mangsa banjir. "Selalu nampak Ustaz Ebit bagi bantuan di media sosial tapi tak sangka beliau datang hari ini dan turut menyampaikan bantuan. […]

today22 November 2020

Buletin

Kehadiran Ebit Lew ceriakan mangsa banjir [METROTV]

Bagan Serai: Kehadiran pendakwah, Ustaz Ebit Lew ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, di sini, hari ini, menceriakan 152 mangsa banjir. Mangsa banjir, Rokiah Yusof, 42, berkata, sewaktu dipindahkan ke PPS itu, dia ada bersembang dengan rakannya sama ada Ebit sudi datang membantu mangsa banjir. "Selalu nampak Ustaz Ebit bagi bantuan di media sosial tapi tak sangka beliau datang hari ini dan turut menyampaikan bantuan. […]

today22 November 2020