Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

59543c1302b4355dfe17f6626f6de7d0

70 Results / Page 5 of 8

Buletin

Lajak terus ke balai polis

Johor Bahru: Enam penunggang basikal lajak ditahan ketika menunggang basikal di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, mereka ditahan jam 3 petang oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD JBS. Katanya, kanak-kanak berusia antara 16 hingga 12 tahun itu ditahan kerana menunggang basikal yang diubahsuai, tidak mempunyai brek dan loceng. "Polis mengeluarkan […]

today26 February 2021

Buletin

Jual, simpan LPG dalam bengkel

Johor Bahru: Premis yang menjual gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen dengan berselindung di sebalik bengkel kenderaan serta kedai tayar di Taman Daya di sini, diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Johor Mohd Hanizam Kechek berkata, serbuan pada 3 petang itu berjaya merampas dan menyita 141 tong gas, dua lori dan dua motosikal yang dianggarkan bernilai RM66,228. Menurutnya, […]

today25 February 2021

Buletin

Video lelaki murtadkan perempuan Islam, polis serbu rumah

Johor Bahru: Susulan penularan video lelaki yang mengaku memurtadkan seorang perempuan lslam di media sosial, Polis Johor menyerbu sebuah rumah di Perjiranan Dato Onn di sini, semalam. Serbuan itu dilakukan jam 9.50 malam. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menyerbu premis itu kerana mengesyaki lelaki terbabit berada di rumah berkenaan. "Pihak polis berjaya mengawal keadaan dan hasil pemeriksaan mendapati kediaman itu hanya didiami oleh ayah dan […]

today20 February 2021

Buletin

Isu sugar baby: Kerajaan perlu tegas – Mufti

Johor Bahru: "Kerajaan perlu tegas, laman sesawang temu janji membabitkan salah laku moral harus segera disekat, haramkan terus laman sesawang seumpama itu, tiada keperluan ia wujud (di Malaysia)," kata Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad. Yahya memberi reaksi itu sebagai maklum balas terhadap isu laman sesawang temu janji 'sugarbook' yang menawarkan wanita di negara ini terutama penuntut universiti sebagai sugar baby di platform itu. Beliau berkata, kerajaan perlu pastikan capaian internet... […]

today15 February 2021

Buletin

Gajah mati lahir anak dalam keadaan songsang

Mersing: Seekor gajah betina mati ketika melahirkan anak secara songsang (dystocia) di Ladang Mados, Lenggor, di sini, semalam. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, kejadian itu disedari kakitangan Ladang Mados pada jam 1.30 tengah hari. Katanya, selepas mendapat aduan, tiga kakitangan Perhilitan bersama enam pekerja Ladang Mados ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan. "Setibanya di lokasi kejadian, didapati seekor gajah... Klik untuk baca […]

today14 February 2021

Buletin

Cemas anak terperangkap dalam kereta hampir sejam

Johor Bahru: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila anak lelakinya berusia tujuh tahun terperangkap di dalam kereta yang terkunci hampir sejam di hadapan kedai aksesori telefon di Taman Adda Height, di sini, petang tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azhar Abd Aziz berkata, ibu kanak-kanak terbabit masuk ke kedai aksesori telefon di situ dan meninggalkan anaknya di dalam kereta. Katanya, ibu yang […]

today13 February 2021

Buletin

Jumpa bayi di depan rumah

Johor Bahru: Bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai di hadapan sebuah rumah di Taman Johor, Skudai, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 7.30 pagi tadi. Katanya, bayi itu diletakkan di luar pagar di hadapan rumah dengan beralaskan kain dan kertas. "Ketika dijumpai, bayi yang memakai baju hijau putih bercorak kartun dalam […]

today11 February 2021

Buletin

Lelaki lari daripada polis ditemukan mati lemas

Kota Tinggi: Lelaki lari daripada polis dengan terjun ke dalam Sungai Johor dekat Semanggar di sini, ditemukan mati lemas jam 6 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mayat lelaki berusia 30 tahun itu ditemukan tersangkut pada sebatang kayu di dalam sungai itu oleh pasukan penyelam bomba kira-kira 50 meter dari lokasi suspek terjun. Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu […]

today8 February 2021

Buletin

Mahalnya harga cili padi merah

Johor Bahru: Harga cili padi merah didapati naik dengan ketara sehingga mencecah hampir RM30 sekilogram sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara pada 13 Januari lalu. Tinjauan di beberapa pasar raya sekitar Johor Bahru turut mendapati harga beberapa jenis sayuran berdaun turut meningkat. Peniaga makanan, Mohamad Izam Seran, 50, berkata sebelum ini cili padi merah boleh dibeli pada harga RM8 sekilogram, namun sekarang harganya RM25 ke atas malah ada […]

today7 February 2021