Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

5d9187a2433ea00913b376ba1151da00

93 Results / Page 9 of 11

Buletin

Remaja lelaki ditahan buat aksi superman

Kuala Berang: Tindakan remaja lelaki menunggang motosikal dengan aksi ala 'Superman' membawa padah apabila ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini, semalam. Suspek berusia 17 tahun dari Melaka itu dikatakan menunggang secara melulu dan merbahaya bermula di Kilometer 417 hingga 411 dari arah Telemong-Ajil, di sini, kira-kira 3.30 petang. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, remaja terbabit yang […]

today3 January 2021

Buletin

Bergantung kepada keyakinan sendiri untuk makan daging import

Kuala Nerus: Orang ramai berhak untuk membuat pilihan sama ada mahu terus memakan daging import atau sebaliknya, bergantung kepada keyakinan masing-masing. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta mufti sudah memberi kenyataan dan pandangan masing-masing serta ia dibahaskan di... Klik untuk baca […]

today30 December 2020

Buletin

SAR dua lelaki hilang ditarik ombak diteruskan

Marang: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di lokasi pantai berasingan di daerah ini akan diteruskan walaupun pasukan penyelamat berdepan ombak kuat. Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, pencarian kedua-dua mangsa membabitkan jarak sejauh 42 kilometer bermula dari Kuala Marang hingga Kuala Abang, Dungun. "Operasi hari ini bermula 7 pagi dan kita merancang untuk memberhentikan operasi pada 12 tengah […]

today26 December 2020

Buletin

‘Pelanggan’ larikan rantai emas | Harian Metro

Marang: Lelaki berpura-pura menjadi pelanggan sebelum melarikan dua rantai emas dianggarkan bernilai hampir RM40,000 di kedai emas di Bandar Marang, semalam. Kejadian dipercayai berlaku 5.10 petang apabila suspek datang ke premis itu kononnya untuk membeli barangan kemas. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, anak kepada pemilik kedai berusia 18 tahun yang tidak mengesyaki apa-apa melayan permintaan suspek yang ingin melihat barangan kemas yang ada.... Klik […]

today25 December 2020

Buletin

Lebih 30 tan sampah terhimpun akibat banjir di Kemaman

Chukai: Gelombang keempat banjir yang melanda daerah ini sejak Khamis lalu meninggalkan lebih 30 tan sampah di kawasan terjejas. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Jusman Ibrahim berkata, pihaknya menjangkakan kerja-kerja pembersihan itu mengambil masa satu minggu untuk dibersihkan. Katanya, kerja-kerja pembersihan sudah dimulakan pada Ahad lalu dengan proses pembersihan itu membabitkan hampir 200 kakitangan MPK selain turut dibantu agensi lain seperti Jabatan Bomba dan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today24 December 2020

Buletin

Banjir Terengganu makin pulih | Harian Metro

Kuala Terengganu: Mangsa banjir di Terengganu kekal seramai 185 orang daripada 51 keluarga. Sehingga jam 8 pagi tadi, semua mangsa masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu masing-masing dua di Kemaman dan empat di Dungun. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, seramai 39 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di dua PPS di daerah Kemaman iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai dan […]

today23 December 2020

Buletin

Hilang penat lepas jumpa PM

Chukai: "Rasa penat berpindah seolah-olah terubat apabila dapat berjumpa pemimpin," kata Zalikur Omar, 63, mangsa banjir dari Kampung Tanjung, Bukit Mentok di sini. Dia yang menghuni Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok bersama suaminya, Shafie Mohamad, 65, berpeluang menemui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini. Muhyiddin meninjau keadaan mangsa banjir di Pantai Timur dan turut diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri... Klik untuk […]

today22 December 2020

Buletin

Penguatkuasa syariah cabul, aib rakan sekerja dipenjara

Kuala Terengganu: Seorang penguat kuasa syariah dikenakan hukuman penjara 14 bulan di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencabul dan mengaibkan rakan sekerjanya. Majistret Nordiana Abd Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh, Ahmad Fakkarudin Wahab, 30, mengaku salah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 40 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa di... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today22 December 2020

Buletin

Banjir di Terengganu kian pulih

Kuala Terengganu: Banjir di Terengganu beransur pulih apabila lebih ramai mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing secara berperingkat. Sehingga 10 malam tadi, seramai 1,307 mangsa daripada 343 keluarga ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman dan Dungun. Berbanding petang tadi, seramai 4,139 mangsa daripada 991 mangsa ditempatkan di 27 PPS di daerah sama. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman... Klik untuk […]

today21 December 2020