Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

61157353f3f1da968c1f6e32992208ca

49 Results / Page 5 of 6

Buletin

Pemilik ditahan jadikan rumah stor simpan barang seludup

Rantau Panjang: Tindakan seorang lelaki menjadikan rumahnya sebagai lokasi transit menyimpan jubah, cadar dan bantal seludup bernilai RM32,530 membawa padah apabila dia ditahan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9), semalam. Pegawai Pemerintah PGA9, Superintenden Nor Azizan Yusof berkata, dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, polis terserempak seorang lelaki sedang memunggah barang ke rumah yang terletak di tepi Sungai Golok di Kampung Tepi Sungai, di sini. Katanya, polis kemudian... […]

today8 February 2021

Buletin

PGA9 rampas 22,500 botol cecair vape RM825,000

Rantau Panjang: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas 22,500 botol cecair vape pelbagai perisa bernilai RM825,000 dalam serbuan di Kampung Degong, Telaga Mas, di sini, hari ini. Pegawai Pemerintah PGA9, Superitenden Nor Azizan Yusof, berkata dalam kejadian 1 tengah hari itu, anggota bertugas membuat serbuan ke kediaman iut hasil risikan dan maklumat yang dilakukan sebelum ini. Katanya, anggota memperkenalkan diri sebagai polis serta meminta pemilik rumah mengemukakan kad pengenalan... […]

today2 February 2021

Buletin

52,000 surat kebenaran rentas daerah, negeri di Kelantan

Kota Bharu: Polis Kelantan mengeluarkan lebih 52,000 surat kebenaran rentas daerah dan negeri kepada golongan yang dibenarkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu, bermula 16 Januari lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata surat berkenaan dikeluarkan terutama kepada pekerja yang tiada majikan dan bekerja sendiri susulan kerajaan membenarkan golongan terbabit menjalankan tugas seperti biasa. Katanya, jumlah itu juga turut membabitkan pengeluaran... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today24 January 2021

Buletin

PKP: Penjual di Bukit Bunga fokus berniaga dalam talian

Tanah Merah: Beberapa peniaga di Gerai Jualan Bukit Bunga, di sini, mengambil inisiatif berniaga secara dalam talian susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan bermula hari ini sehingga 26 Januari. Tinjauan ke kawasan terbabit, mendapati rata-rata peniaga masih membuka gerai jualan, namun mengakui lebih memfokuskan kepada jualan dalam talian, malah ia lebih mendapat permintaan memandangkan pelanggan mengikut saranan kerajaan untuk berada di rumah bagi mengelak... Klik untuk baca artikel […]

today16 January 2021

Buletin

Peniaga di Rantau Panjang kembali berniaga

Rantau Panjang: Beberapa peniaga di kawasan bebas cukai, Rantau Panjang mengambil peluang berniaga selepas jalan utama boleh dilalui susulan banjir mulai surut. Tinjauan petang semalam, mendapati laluan masuk melalui pintu satu Pusat Pemeriksaan Jabatan Kastam sudah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan walaupun jalan masih dilimpahi air. Namun pintu dua dan tiga masih ditutup berikutan paras air yang masih tinggi. Malah, kenderaan dilihat keluar masuk ke pekan terbabit dan dipercayai... […]

today10 January 2021

Buletin

Warga emas nyaris dihanyutkan arus kuat banjir

Pasir Mas: Seorang warga emas lelaki berusia 60-an bernasib baik kerana dibantu anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) apabila dia dan motosikal ditunggangnya nyaris dibawa arus banjir di Kampung Meranti, di sini. Pegawai Operasi SMART, Mejar Shahrul Nizam Jaafar berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang itu, beberapa anggota membuat pemantauan sekitar sebelum ternampak warga emas di laluan bertentangan tidak dapat mengawal motosikalnya, lalu dibawa arus ke bahagian... Klik […]

today8 January 2021

Buletin

Paras Sungai Golok naik mendadak

Rantau Panjang: Paras air Sungai Golok terus menunjukkan peningkatan dengan bacaan 9.81 meter setakat jam 9 malam, hari ini, sekali gus melepasi paras tertinggi gelombang pertama yang berlaku hujung November lalu iaitu 9.6 meter. Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Imran Ismail berkata, jika paras air sungai berkenaan terus menunjukkan trend menaik, besar kemungkinan ia boleh mencecah kepada bacaan 10 meter pada awal pagi esok. Katanya, keadaan terbabit berlaku apabila taburan […]

today18 December 2020

Buletin

Perawat perubatan tradisional ditahan kerana mencabul

Kota Bharu: Perawat perubatan tradisional ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang wanita ketika sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perniagaan Darul Naim, Bandar Baru Tunjung di sini. Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan hari ini, susulan laporan polis yang dibuat mangsa. Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa yang juga seorang guru berusia 43 tahun dikatakan ke pejabat suspek untuk mendapatkan rawatan pada 2.30 petang, 6 […]

today10 December 2020

Buletin

Menongkah arus demi penumpang | Harian Metro

Kuala Krai: "Lebih 100 kali sehari saya ulang alik mengendalikan feri di Sungai Nal, di sini, demi membantu penduduk sekitar sini untuk keluar bekerja dan menyelesaikan urusan seharian," kata pengendali feri, Suhairi Che Yusof, 39. Dia sudah lebih setahun menjadi pengendali feri berkata, kenderaan itu adalah satu-satunya pengangkutan utama yang menghubungkan penduduk di beberapa kampung dengan bandar Kuala Krai. Katanya, hampir setiap hari bermula jam 7 pagi sehingga 11 malam, […]

today9 December 2020